Panas !!! Polis geledah rumah Ebit Lew

Ebit Lew

Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal Ebit Lew petang tadi, dalam siasatan kes gangguan seksual terhadapnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya hanya melakukan penggeledahan bagi tujuan siasatan selepas pendakwah terbabit diambil keterangan siang tadi.

“Kita bukan menyerbu rumah beliau sebaliknya hanya proses menggeledah bagi melengkapkan siasatan,” katanya dipetik Harian Metro.

Namun masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat rampasan barangan bagi melengkapkan siasatan setakat ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah memberi keterangan kepada polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Ebit Lew polis

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Ebit menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai fitnah yang sangat kejam dan melampau, tetapi memaafkan pihak yang terbabit.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/19/polis-geledah-rumah-ebit-lew-lengkapkan-siasatan/

 

BACA JUGA :

Selangor sedia pinjamkan dahulu 500,000 dos vaksin kepada negeri memerlukan

Janda ditikam hingga mati dalam kebun getah

Kes Ebit Lew : Polis minta orang ramai hentikan sebaran bahan berkaitan