Panas !!! PM hilang majoriti, Agong tidak perlu dengar nasihatnya lagi – Pakar

PM hilang majoriti, Agong tidak perlu dengar nasihatnya lagi. Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa secara perlembagaan untuk tidak mematuhi nasihat membubarkan parlimen yang dikemukakan oleh seseorang perdana menteri yang kehilangan sokongan majoriti anggota parlimen, kata peguam perlembagaan.

Peguam kanan sivil, Nizam Bashir berkata, satu duluan (precedent) berlaku ketika krisis perlembagaan Perak pada 2009, di mana sultan mengabaikan permintaan menteri besar ketika itu, Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan pilihan raya.

Nizam berkata dalam situasi itu, Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Shah telah menolak nasihat Nizar berikutan kehilangan kepercayaan daripada majoriti anggota dewan undangan negeri.

Kerajaan negeri yang baru kemudian dibentuk dengan Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai menteri besar.

Peguam itu berkata sultan membuat keputusan mengenai kemampuan Zambry untuk mendapat kepercayaan majoriti di DUN Perak, berdasarkan penilaian terhadap Akuan Berkanun (SD).

Walaupun Nizam berkata tempat terbaik untuk menguji sokongan majoriti perdana menteri adalah di parlimen, situasi Covid-19 yang berterusan mungkin memerlukan Agong untuk tidak menggunakan Dewan Rakyat bagi menyelesaikan isu ini.

PM

“(Semasa krisis perlembagaan Perak 2009) Nizar menghadap sultan dan minta bubar (DUN untuk mengadakan pilihan raya baru), tetapi dia ditolak.

“Nizar tidak lagi memiliki kepercayaan (dari majoriti Adun), jadi permintaan itu ditolak.

“Menggunakannya sebagai analogi, apabila bercakap tentang pembubaran parlimen, seseorang (perdana menteri) tidak boleh kehilangan kepercayaan majoriti,” kata Nizam.

“Terserah kepada Agong untuk membuat keputusan yang diperlukan. Inilah peranan perlembagaan yang dipegang oleh Agong.

“Peranan itu akan dimainkan oleh Agong dengan cara terbaik. Saya cukup kagum dengan bagaimana Agong menangani (masalah ini), ”tambahnya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/586805

BACA: Sudah lebih 9 juta rakyat Malaysia lengkap vaksin