Panas !!! Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum divaksin

Penjawat awam di Kementerian Pendidikan dipercayai paling ramai belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika ini masih mengemas kini data penjawat awam yang masih belum divaksinasi dan proses itu dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya JPA sedang memadankan data-data mereka yang belum divaksinasi menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan aplikasi MySejahtera daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Panas !!! Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum divaksin

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini masih mengemas kini data penjawat awam yang masih belum divaksinasi dan proses itu dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

“Setakat hari ini, data sedang dikemas kini dan JPA akan padankan balik apakah alasan-alasan yang diberikan untuk mereka dikecualikan daripada vaksinasi.

“Alasan yang diberikan ini kemudiannya akan dirujuk oleh setiap ketua jabatan… jadi ketua jabatan perlu turun ke bawah melihat dan memahami apa alasan yang diberikan untuk tidak divaksinasi,” katanya ketika ditemui selepas Program #KeluargaMalaysiaSiagaBencana.

JPA dalam pekeliling sebelum ini mewajibkan penjawat awam termasuk guru untuk mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum 1 Nov, atau mereka boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

Pada 1 Nov lepas, Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata pengurusan sekolah dibenar memeriksa sijil vaksinasi guru serta merta bagi memastikan tiada guru yang culas dalam mematuhi pekeliling dikeluarkan JPA yang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan penjawat awam.

Mohd Khairul Adib berkata setakat ini, tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang enggan menerima vaksin Covid-19.

“Kita faham, ada yang khuatir, takut terima vaksin, dan ada yang tak boleh terima kerana mereka pesakit kanser, baru lepas bersalin dan dijangkiti Covid-19. Kumpulan ini diberi pengecualian,” katanya.

Beliau berkata ketua jabatan juga perlu membuat keputusan yang baik berhubung isu berkenaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terhadap masyarakat tidak terjejas.

“Kadang-kadang ketua jabatan terpaksa bertegas kerana perlu perkhidmatan yang ada, tidak terjejas,” katanya.

BACA JUGA : [VIDEO] ‘Jerung paling kental’ ditemui di perairan Australia
Pertembungan BN PN di Melaka bukti kerajaan sekarang porak peranda – Mahfuz

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum divaksin […]