Panas !!! Pengundian Timbalan Speakar bakal dedah wajah sebenar Bersatu

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada Selasa ini akan menguji pendirian sebenar kesemua ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan tidak mahu bekerjasama dengan mereka yang dalam kalangan ‘kluster mahkamah’.

Sehubungan itu beliau berkata, jawatan Timbalan Speaker itu perlu digalas oleh individu yang bersih daripada pertuduhan mahkamah.

Pengundian Timbalan Speakar bakal dedah wajah sebenar Bersatu

Kah Woh (dua dari kanan) bersama lapan pelajar Pondok Mahabatul Ummah yang menerima vaksin ketika program ‘Pinji Kinta Vax On Wheel’ di Ipoh pada Ahad.

“Kita sedia maklum bahawa terdapat dua calon bagi jawatan itu dan pemilihan pada Selasa ini merupakan ujian terhadap mantan Perdana Menteri kerana kenyataan itu merupakan syarat utama beliau ketika meletakkan jawatannya.

“Sekiranya ahli Parlimen Bersatu memberikan undi kepada Datuk Seri Ahmad Maslan (Ahli Parlimen Pontian), ia menjadi satu tamparan besar kepada Muhyiddin.

“Ini merupakan satu ujian untuk mengotakan janjinya untuk tidak bekerjasama dengan ‘kluster mahkamah’,” katanya ketika ditemui pada program ‘Pinji Kinta Vax On Wheel’ di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sam Chai di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How dan ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut meminta kesemua 220 ahli Parlimen dapat membuat undian secara telus demi menjaga integriti institusi Parlimen.

Beliau berkata, pemilihan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang mencadangkan 10 langkah reformasi amat bertepatan dalam memberi nafas baharu kepada institusi tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, pemilihan Timbalan Yang Dipertua menjadi sebahagian daripada usul dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat apabila Parlimen mula bersidang pada Isnin.

Ia susulan peletakan jawatan Datuk Seri Azalina Othman Said yang memegang tanggungjawab itu sebelum ini.

Pada masa sama, blok kerajaan mencalonkan Ahmad yang merupakan Setiausaha Agung UMNO, manakala Pakatan Harapan (PH) menamakan Kor Ming sebagai calon untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160975/BERITA/Nasional/Pemilihan-Timbalan-Speaker-uji-pendirian-MP-Bersatu

BACA JUGA : MoU Kerajaan-Pembangkang : Kenyataan bersama bakal dikeluarkan hari ini?