Panas !!! Penerima vaksin mRNA bakal berubah DNA jadi ‘raksasa’, ini penjelasan Dr Musa

Penerima vaksin mRNA bakal berubah DNA jadi ‘raksasa’, .Dakwaan kononnya vaksin teknologi jujukan genetik pemutus (mRNA) seperti Pfizer menyebabkan seseorang itu berkelakuan pelik satu dongeng.

Pakar pediatrik, Datuk Dr. Musa Mohd Nordin juga menafikan penerimanya akan berubah menjadi raksasa (monster).

“Jelas yang bertanya itu tidak mengetahui mengenai biologi mRNA, ia sudah lama digunakan dalam vaksin dan bukan kaedah baharu.

“Ia punyai sejarah tiga dekad, waktu pembuat mRNA Moderna, dia ada sembilan vaksin termasuk bagi influenza, denggi, rabbies dan banyak lagi dan semuanya bukan bunuh umat manusia rencatkan akal manusia.

“Allah beri kepintaran kepada manusia cegah penyakit jadi mRNA dicucuk masuk dalam sel dia tak masuk dalam nukleus, tak hampir (dengan) DNA, makna tak jadi monster,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel SkopMG bertajuk Vaksin Covid-19: Mengapa Masih Ada Yang Menentang? yang disiarkan malam ini.

Penerima
Seorang lagi panel ialah Pakar Perubatan Dalaman dan Endokrin, Dr. Norshinah Kamarudin.

Menurut Dr. Musa, sel ribosom kuar spike protein masuk dalam darah dan berlaku proses imunisasi di mana antibodi akan keluar.

“Askar-askar (antibodi) jadi bila dia diserang Covid-19, dia ada memori, melekat kepada Covid-19 dan tak membenarkan lekat dalam sel-sel badan.

“Kalau tak lekat, tak boleh masuk dan tak boleh cederakan kita atau bunuh,” katanya sambil menambah ia kemudiannya akan hancur dan dibuang oleh sistem di dalam badan.

“mRNA akan hapus dalam beberapa saat sahaja. Mereka tidak ada asas biologi, ini dongeng takda fakta dan dalil kerana mRNA akan hancur

Menurutnya, mRNA akan bertindak walaupun selepas beberapa tahun selepas itu bagi menentang virus Covid-19 kerana sel-sel mempunyai memori.

Malah, katanya, kajian Global Alliance for Vaccines and Immunization (GAVI) mengesahkan kira-kira 2.5 juta ibu mengandung diberi vaksin tidak melahirkan anak-anak yang abnormal.

“Tiada anak-anak yang abnormal, terencat, pelik-pelik dan monster. Ini semua pembohongan mereka-mereka yang antivaksin,” katanya.

Beliau juga menasihati ustaz-ustaz bukan pakar supaya jangan membuat fatwa kesihatan seperti dirinya seorang doktor tidak membuat fatwa mengenai agama.

Sementara itu, Dr. Norshinah mengakui banyak syarikat farmasi menggunakan mRNA tetapi menggunakannya dalam vaksin Covid-19 adalah sesuatu yang baharu.

“Ini (mRNA dalam vaksin) bukan lama, keduanya, semasa vaksin mRNA diwujudkan dalam pada itu wabak virus masih disiasat sentiasa ada new finding.

“Salah satunya ialah spike protein dalam jangkitan itu yang punca toksik dan ada pakar biologi beri amaran kepada syarikat itu, kalau nak develop jangan guna mRTNA kerana ia buat spike protein yang menjadi sumber penyakit sebenarnya,” katanya

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/02/penerima-vaksin-mrna-tak-akan-jadi-raksasa-dr-musa/

BACA: CCTV dedah wanita kebas tabung kayu masjid