Panas !!! Pemuda ini dedah punca Raja Salman marah dengan Muhyiddin

Panas !!! Pemuda ini dedah punca Raja Salman marah dengan Muhyiddin

Cara Raja Salman layan Muhyiddin bukti jawatan PM Muhyiddin tiada keberkatan.

Bukan main jauh Muhyiddin terbang, sampai-sampai setakat boleh boleh berjumpa dengan Raja Salman melalui sidang maya dari hotel je?

Walhal kedua-dua pihak sudah dapat vaksin, tetapi Raja Salman hanya sudi berbual melalui sidang maya sahaja.

Mungkin Muhyiddin cepat lupa bagaimana dia mengaibkan Dan memfitnahkan DS Najib dengan duit derma Raja Salman, juga bermaksud mengaibkan dan memfitnahkan Raja Salman. Tiba-tiba datang ke negara Raja Salman dengan pura-pura tak ada apa-apa berlaku.

Itu buahnya bagaimana cara Raja Salman layan tetamu yang pernah mempertikaikan keikhlasan Raja Salman. Dengan cara dapat bertemu tetapi tak boleh bersemuka

Jauh sangat perbezaan cara Raja Salman layan Muhyiddin berbanding DS Najib yang disambut kedatangan seperti saudara rapat manakala Muhyiddin setakat bertemu dalam sidang maya sahaja.

Itu nasib Muhyiddin, dapat jadi PM tapi minoriti kerana baru hendak lega sikit tiba-tiba hilang sokongan terpaksa cari katak baru untuk kekal jadi PM.

Muhyiddin tuduh fitnah orang lain tak bersih tetapi katak-katak yang diambil dari UMNO, PKR, DAP dan Lain-lain ada bebagai kategori perkara yang tak bersih yang terpaksa dibersihkan. Malah dalam bersatu sendiri terdiri dari individu yang terpalit dengan pelbagai kes sampai tahap tanam pokok ganja dalam rumah.

Dapat urus negara tetapi tak mampu menyempurnakan kerana ada sahaja masalah dan musibah menjatuhkannya, malah ada barisan Menteri semuanya lebih menjatuhkan dia dari menaikkan imej dia.

Dapat bermegah berjumpa tetamu besar tetapi dilayan sebagaimana tetamu yang tak penting. Erti kata lain Muhyiddin dapat jadi PM tapi tak dapat pengiktirafan sebenar sebagai seorang Perdana Menteri kecuali hanyalah dipandang sebagai Prime Minority Ke 8 yang tidak dihargai rakyat.

Ini bukan cakap kosong, kerana undian Utusan dengan 50k responden Muhyiddin ditempat ke5 dan hanya mampu mendapat 5% sokongan sahaja.

Semua ini berlaku mungkin kerana cara Muhyiddin menjadi PM dengan cara kotor iaitu mengaibkan dan memfitnahkan orang lain. MyMdFadzil

Sumber :