Panas !!! Pemimpin Umno pula dakwa Mahathir arah Azmin tubuh PN untuk ‘hijack’ MN

Panas !!! Pemimpin Umno pula dakwa Mahathir arah Azmin tubuh PN untuk ‘hijack’ MN

21 Februari 2020: Selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang memaksanya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, Mahathir tahu dia akan kecundang iaitu dengan sama ada terpaksa menyerahkan kuasa kepada Anwar atau kalah dalam pilihanraya umum akan datang kepada Muafakat Nasional (MN).

Oleh itu dia (Mahathir) suruh Azmin dan Hamzah Zainuddin buat Langkah Sheraton supaya dia boleh hijack MN dan kekal sebagai PM serta halang Anwar dari jadi PM.

Untuk kekal sebagai PM, Mahathir tahu dia perlukan sokongan UMNO dan PAS kerana Anwar dan PKR (kecuali puak Azmin) tidak lagi menyokongnya.

Namun dalam gabungan baru (PN) itu, Mahathir tidak mahu ada orang yang lebih popular daripadanya seperti Najib yang boleh menggugat kedudukannya. (Alasan yang dinyatakan Mahathir kononnya dia tidak mahu bekerjasama dengan orang yang dituduhnya kleptokrat adalah alasan lemah semata-mata kerana dia (Mahathir) tidak kisahpun bekerjasama dengan Lim Guan Eng yang terpalit dengan kes rasuah banglo dan terowong beratus juta).

23 Feb 2020: UMNO dan PAS tidak setuju dengan cadangan Mahathir yang mahu kekal sebagai PM dan hijack MN; UMNO dan PAS mahu pembubaran Parlimen dan pilihanraya umum diadakan segera. UMNO dan PAS membawa cadangan ini ke Istana.

Namun oleh sebab COVID-19, pilihanraya umum tidak boleh diadakan oleh itu kabinet dan Perdana Menteri baru perlu dibentuk tanpa pilihanraya.

UMNO dan PAS terpaksa akur dan ahli-ahli Parlimen UMNO dan PAS menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk membentuk kerajaan.

Mahathir tahu dia tidak akan dapat sokongan majoriti untuk kekal sebagai PM tanpa sokongan UMNO dan PAS, dan jika Langkah Sheraton gagal dia akan disingkirkan dan dimalukan dengan undi tidak percaya dan partinya PPBM akan lenyap.

Mahathir ingin pastikan jika dia tidak boleh jadi PM, Anwar pun tidak boleh jadi PM, dan UMNO dan PAS dalam MN juga tidak boleh memegang kuasa utama dan membentuk kerajaan atau menjadi Perdana Menteri, jika tidak partinya PPBM akan terkubur.

24 Februari 2020: Mahathir letak jawatan kerana terpaksa, kerana jika tidak, Langkah Sheraton dan kerajaan PN akan gagal dan partinya PPBM akan hilang kuasa dan akan hanyut. Dia dilantik menjadi PM sementara oleh YDP Agong.

29 Februari 2020: Mahathir setuju cadang Muhyiddin jadi PM-8.

Mahathir tidak sertai kerajaan (PN) dan kekal dalam PH kerana dia tahu jika dia sertai PN, UMNO tidak akan sokong pembentukan kerajaan PN secara en-bloc dan langkah Sheraton akan gagal. (Dan, apabila dia kekal dalam PH dia boleh terus beri tekanan kepada Anwar.)

1 Mac 2020: Muhyiddin dilantik jadi Perdana Menteri, dan Azmin jadi menteri terkanan.

Mahathir, Muhyiddin, Azmin dan PPBM selamat.

30 November 2020: Mahathir kata ini semua Najib punya kerja.

ISHAM JALIL
1 Disember 2020

Sumber :