Panas !!! Pemimpin Umno dedah ramai MP Umno tandatangan 2 SD

Panas !!! Pemimpin Umno dedah ramai MP Umno tandatangan 2 SD

Pemimpin Umno dedah ramai MP Umno tandatangan 2 SD. Sebelum ini saya telah kata yang tandatangan akuan bersumpah atau statutory declaration (SD) tidaklah boleh dipercayai sangat kini kerana ahli-ahli Parlimen tidak terkekang untuk tandatangan hanya satu SD.

Oleh itu, SD sokongan mereka untuk satu orang tidak bermakna mereka menolak orang lain, kerana ada kemungkinan ahli-ahli Parlimen ini menyokong beberapa orang.

Hari ini seorang ahli Parlimen telah mengaku dia telah tandatangan dua SD, satu kepada Anwar dan satu kepada Hishamuddin.

MP Umno

Tidak mustahil beberapa ahli Parlimen telah tandatangan beberapa SD termasuklah SD sokongan kepada TS Muhyiddin.

Sebab itu dari dulu saya gesa supaya Parlimen dibuka, supaya pertama masalah rakyat dan cadangan-cadangan penyelesaian serta semak imbang dapat dibincangkan dengan lebih telus.

Dan kedua supaya keabsahan Perdana Menteri dapat ditentukan sebelum dia boleh menggunakan peruntukan Undang-undang dan kewangan negara sebagai Perdana Menteri yang sah.
Ini kerana implikasinya besar.

Contohnya, jika Perdana Menteri yang ada itu tidak sah dan tidak ada sokongan majoriti oleh itu tidak mewakili suara rakyat, dia tidak boleh dibenar membelanjakan wang rakyat berbillion ringgit, meneruskan darurat untuk mengekalkan kuasa, menggunakan agensi-agensi kerajaan, mahupun meminta YDP Agong mendengar nasihatnya.

Oleh kerana SD-SD seperti di atas tidak menggambarkan sokongan majoriti sebenar, maka penentuan sokongan perlu dilakukan di dalam Dewan Rakyat sama ada melalui undi rahsia mahupun terbuka, dan ia perlu dilakukan secara berasingan (secara individu).

Untuk penentuan ini, Speaker Dewan tidak perlu meluluskan usul undi percaya atau tidak percaya untuk ahli-ahli Parlimen mengundi.

Ini kerana apabila Parlimen dibuka, perkara pertama yang perlu dibentang, dibahas dan diundi adalah usul Ordinan Darurat 2021.

Jika usul ini tidak diluluskan dan Perdana Menteri kalah di Dewan Rakyat untuk meluluskan usul ini, maka ia menunjukkan bahawa beliau telah hilang majoriti.

Apabila ini berlaku, Perdana Menteri perlu meletak jawatan dan menghadap YDP Agong dan serah kepada budi bicara Baginda untuk langkah seterusnya.

Rakyat kini sedang sengsara dan negara sedang sakit.

Jika kita perlu tukar Perdana Menteri dan menteri-menteri untuk menukar dasar-dasar yang gagal oleh kerajaan kepada dasar-dasar dan keputusan-keputusan yang lebih baik supaya ianya dapat mengurangkan kesengsaraan rakyat, maka ia harus dibuat.

Sumber:

Jika Anda Terlepas: Pengurusan sistematik dan profesional, EZ Qurban terima Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia