Panas !!! Pemimpin Umno dedah Ahmad Maslan tidak dapat sokongan MP Bersatu

Panas !!! Pemimpin Umno dedah Ahmad Maslan tidak dapat sokongan MP Bersatu

Pemimpin Umno dedah Ahmad Maslan tidak dapat sokongan MP Bersatu.Seorang pemimpin Umno mendakwa Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk dicalonkan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata ia selepas ahli parlimen Bersatu dan empat ahli parlimen bebas menolak pencalonan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian itu.

“Pemilihan timbalan speaker terpaksa tangguh. Katanya ahli parlimen Bersatu dan empat bebas menolak pencalonan Ahmad sebagai calon kerajaan.

“Sudah tentu pihak yang berdendam terhadap Ahmad menjadi dalangnya. Dan sudah tentu kluster mahkamah dijadikan alasan.

“Kenapa ‘double standard’? Memorandum yang dimeterai melibatkan DAP. Apakah Lim Guan Eng bukan kluster mahkamah? Dia naik atas pentas mewakili DAP semalam,” tulis Puad di Facebooknya, petang ini.

Umno

Ahmad dicalonkan sebagai calon timbalan speaker dari kerajaan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan bekas timbalan speaker Azalina Othman Said.

Untuk menunjukkan komitmennya, Ahmad mengemukakan 20 tawaran sekiranya dia dipilih sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Manakala Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Nga Kor Ming sebagai calon timbalan speaker.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata penagguhan itu terpaksa dibuat kerana bimbang Nga akan menang jika Ahmad tidak mendapat sokongan.

“Susulan itu, pindaan Perlembagaan akan dibuat untuk menambah jawatan timbalan speaker kepada tiga orang. Satu darinya akan diberi pada DAP jika sokong pindaan itu.

“Bermakna ada tambahan item baru dalam memorandum persafahaman kerajaan-PH. Politiking berterusan.

“Semoga perdana menteri tidak membiarkan dirinya nampak lemah dan mudah ditekan. Membimbangkan, sampai tahap pinda perlembagaan,” katanya lagi.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi ahli parlimen Bersatu bagi mendapatkan respons mengenai kenyataan Puad.

Berita Penuh ; https://www.malaysiakini.com/news/591340

BACA: Aktiviti korek pasir jadi punca krisis bekalan air Terengganu – Exco