Panas !!! Pemimpin Umno dakwa Muhyiddin terus bermain ‘catur’

Panas !!! Pemimpin Umno dakwa Muhyiddin terus bermain ‘catur’

Pemimpin Umno dakwa Muhyiddin terus bermain ‘catur’. Bajet 2021 lulus pada bacaan ketiga dengan undian belah bahagi. 111 setuju, 108 tolak dan seorang tidak hadir.

Maknanya Kerajaan PN adalah kerajaan minoriti. Lagilah sekarang. MKT UMNO telah pun menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Apa jadi kalau 10 orang MP UMNO daripada 111 yang sokong Bajet 2021 itu tidak lagi sokong PM. Atau tolak usul jika berlaku undian di Parlimen?

Tetapi PM masih meneruskan permainan catur beliau. Parlimen yang akan bersidang bermula 26 Julai ini hanya merupakan sesi taklimat.

Umno

Bayangkan Parlimen setaraf Majlis Taklimat banjir. Tidak ada usul, tidak ada perbahasan Ordinan Darurat dan pastinya tidak akan ada pengundian,

Maka bertambahlah senarai Malaysia paling corot. Kali ini corot sebagai Parlimen yang demokratik dan berintegriti.

Semoga ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan yang masih ada hati nurani, bersatulah. Pulihkan martabat Parlimen Malaysia.

Selamatkan Parlimen Malaysia. Hormati titah YDP Agong.

Sumber:

Jika Terlepas: Panas !!! Ada pemimpin Umno didakwa bertindak ‘songsang’