Panas !!! Pemimpin pembangkang dilapor bincang idea kerajaan perpaduan

Pemimpin tertinggi parti pembangkang termasuk dari Sabah dan Sarawak, mengadakan mesyuarat tertutup selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan hari ini.

Mesyuarat itu diadakan secara maya di ibu pejabat PKR dan dikatakan membabitkan pemimpin tertinggi pelbagai parti selepas Kabinet Muhyiddin meletak jawatan.

Mereka yang berada di ibu pejabat PKR ialah pemimpin PKR, DAP dan Amanah.

pemimpin

“Terdapat rundingan dalam kalangan semua parti pembangkang, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

“Semua orang dalam mesyuarat itu berharap semua akan menunjukkan sokongan sebulat suara kepada perdana menteri baharu supaya kerajaan baharu mempunyai majoriti kukuh untuk memimpin negara,” kata sumber dalaman parti kepada FMT.

Beliau berkata, parti pembangkang mahu kerajaan perpaduan dibentuk memandangkan Perikatan Nasional (PN) gagal mentadbir negara.

“Ia perlu diwakili dengan baik supaya semua parti boleh bekerjasama untuk menguruskan krisis kesihatan, ekonomi dan sosial negara,” kata sumber itu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/16/pemimpin-tertinggi-pembangkang-bincang-cadangan-kerajaan-perpaduan/

BACA JUGA : Terkini !!! Agong sahkan terima peletakan jawatan Muhyiddin