Pemimpin Pas Melaka bakal bertanding di kerusi DAP.Beberapa hari lalu beberapa portal berita melaporkan Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka, Datuk Kamarudin Sidek mengesahkan akan bertanding di Dun Duyong.
Saya akan ‘come back’ kata beliau selepas berbincang dengan UMNO dan Perikatan Nasional baru baru ini. Beliau juga merupakan calon Pas pada PRU 14 yang lalu untuk kerusi tersebut.
Pada PRU lalu, beliau hanya mendapat 2938 undi. Kerusi tersebut dimenangi oleh wakil DAP, Damian Baba Yeo dengan mendapat sebanyak 7642 undi manakala pencabar terdekat dari MCA, Lee Kiat lee hanya mendapat 4747 undi dari keseluruhan 15,601 pengundi yang keluar membuang undi. Calon bebas, Lim Jak Wong hanya memperoleh 62 undi.
Kerusi Dun Duyong yang diwakili oleh 60% pengundi Melayu, 35% pengundi Cina dan 5% pengundi India merupakan kerusi tradisi yang ditandingi wakil DAP dan MCA dalam beberapa pru yang lalu.
Percubaan beliau utk menjadi wakil Melayu dalam perebutan kerusi tersebut menarik perhatian ramai kali ini. Adakah tradisi selama ini akan dipecahkan atau adakah ia akan kekal diwakili oleh wakil kaum cina pada pilihanraya negeri akan datang. Adakah 40% pengundi bukan Melayu akan memberi undi kepada beliau yang mewakili parti PAS amat menarik untuk diperhatikan.
Untuk rekod, pada PRU ke 14, PAS meletakkan 24 org calon dari 28 kerusi yang dipertandingkan di Melaka. Dan kesemua calon PAS kalah dan berada di tempat ketiga dan hilang wang pertaruhan hampir semua kerusi tersebut. PAS hanya mendapat 21% atau 44,537 undi dari keseluruhan 420,299 pengundi yang keluar mengundi di negeri Melaka pada waktu itu.
Semua pemerhati politik sedang memandang Melaka sebagai satu medan ujikaji yang baik bagi PAS dimana baru baru ini Presiden UMNO mengumumkan Muafakat Nasional telah terlerai. PAS berada bersama UMNO didalam Muafakat Nasional untuk beberapa bulan sebelum bersama sama dengan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) dalam Perikatan Nasional. Penglibatan PAS dalam Perikatan Nasional dikatakan hanya disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhiddin Yassin yang mengetuai PPBM memegang tampok pemerintahan negara.
Dan kini, apabila UMNO yang diwakili oleh Datok Seri Ismail Sabri sebagai perdana menteri dan memegang tampok pemerintahan negara pastinya menjadi tanda tanya bagi PAS kerana dilihat tersepit ditengah tengah Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Adakah PAS akan kembali bersama UMNO dalam Muafakat Nasional atau terus bersama PPBM dalam Perikatan Nasional. Menarik untuk diperhatikan.
Pertembungan pastinya lebih menarik apabila baru baru ini Datuk Seri Zahid Hamidi menyatakan tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam PRN Melaka yang bakal diadakan pada bila bila masa.
SPR dalam kenyataan 2 hari lalu menyatakan akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi bagi PRN Melaka pada hari Isnin 18 Oktober 2021 disebuah hotel di Melaka. Pada masa yang sama, semua pihak sedang menanti campurtangan pihak istana bagi mengumumkan darurat bagi meredakan cuaca politik di Melaka yang sedang hangat diwaktu ini.
Sama sama kita nantikan.
Sumber: