Panas !!! Pemimpin Bersatu memenuhi rumah Muhyiddin, semua membisu

calon

Panas !!! Pemimpin Bersatu memenuhi rumah Muhyiddin, semua membisu.Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini tidak putus-putus dikunjungi anggota Kabinet sepanjang hari ini.

Antara yang dilihat hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas); dan Datuk Seri Redzuan Md Yusof.

Turut kelihatan Penasihat Khas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Bersatu

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ketika ditemui berkata, beliau hadir ke kediaman Muhyiddin untuk mesyuarat pengurusan Bersatu.

Enggan mengulas lanjut mengenai mesyuarat tersebut serta perkembangan terkini Bersatu, katanya, parti akan mengeluarkan kenyataan kelak.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/14/azmin-rina-dan-ahmad-faizal-antara-yang-hadir-di-rumah-muhyiddin/

BACA: Gempar !!! Nazri buka cerita rundingan Umno dengan PH di Perak