Panas !!! Pemimpin Bersatu dedah ada parti ‘sombong’ mula ajak bincang

Datuk Wan Saiful Wan Jan, mendedahkan ada parti ‘sombong’ mula ajak berbincang ekoran keadaan ketika ini di mana semua parti berdepan situasi mencabar.

Memetik laporan Sinar Harian, Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendedahkan ada parti yang mula menawarkan perbincangan hala tuju pembentukan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau pada sidang akhbar di pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya berkata, “(Parti) yang sombong dulu pun dah mula kata ‘mungkin kita sudah boleh bincang lepas PRN’. Sebab itu jangan sombong awal.”

Pemimpin Bersatu dedah ada parti ‘sombong’ mula ajak bincang

Wan Saiful (dua,kanan) dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya pada Rabu.

Wan Saiful ketika ditanya mengenai tahap keyakinan PN untuk mendapatkan majoriti kerusi dalam PRN berkata, PN optimis dengan potensi untuk memenangi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya tidak mahu kata kita selesa tapi kita yakin bahawa potensi itu ada.

“Saya perlu sebut, semua parti, situasinya adalah mencabar,”katanya.

BACA JUGA : 9 beranak muntah darah makan cendawan
Umno Terengganu enggan kerjasama dengan Pas dalam PRU15 – Mat Said

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Pemimpin Bersatu dedah ada parti ‘sombong’ mula ajak bincang […]