Panas !!! Pembantu Ebit Lew jawab dakwaan Caprice

Panas !!! Pembantu Ebit Lew jawab dakwaan Caprice

Pembantu peribadi (PA) kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tampil menjawab dakwaan penyanyi rap, Caprice, semalam.

Melalui beberapa hantaran di laman Instagram, Arief Farhan berkata, jika dakwaan Caprice benar mengapa pendakwah disegani ramai itu dianugerahkan Duta Muhibbah Palestin baru-baru ini.

“Salahkah jika UEL (Ustaz Ebit Lew) beri mainan kepada anak-anak di Palestin? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.

“Hubungan UEL dan Menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaharu, Menteri Luar Palestin beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL.

Kalau hubungan keruh agak-agak akan terima lagi ke layanan macam itu semua?,” tulis Arief dalam satu penerangan berbentuk video semalam.

Menjawab mengenai Ebit menyekat Caprice, Arief berkata ia berpunca daripada tindakan Caprice yang memerli pendakwah disegani ramai itu dengan menggunakan beberapa perkataan seperti ‘hero pulang Malaysia’ dan ‘berkopiah putih’.

“Kau yang beri bayangan perli acah hero pulang Malaysia lah, kopiah putih dan mainan. Selepas itu kau cakap siapa makan cili dia terasa pedas. Kau yang mula perli-perli dulu.

“Pokok tidak bergoyang kalau tiada angin. UEL tidak usik kau pun. Kau fitnah sindir perli dia memang dia terasa. Memang patut kena sekat. Kau buat orang sakit hati,” ujarnya.

Arief turut berkongsi perbualan melalui aplikasi WhatsApp yang mana Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, meminta Ebit membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu berbangkit di sana.

Dalam pada itu, Arief turut berkongsi kesukaran yang dihadapi rombongan mereka untuk memasuki Gaza dan terpaksa tinggal di Mesir lebih sebulan sebelum mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Mula-mula sekali kita hantar nama kepada kerajaan Mesir. Kita hantar nama setelah dua minggu berada di Mesir. Kita dapat kelulusan seminggu selepas itu.

“Kemudiannya kita perlu mendapat kelulusan tentera pula untuk memastikan keselamatan terjamin. Hari ke-34 baru kita mendapat kelulusan pihak tentera. Kita dapat masuk Gaza melalui pintu Rafah,” ujarnya.

Menurut Arief, kejayaan misi Ebit melepasi sempadan Rafah dan menghantar bantuan ke Gaza disebabkan kerana hubungan baik Mesir dan Malaysia terutamanya melalui Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

“UEL selalu ucap terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana beliau yang banyak membantu UEL untuk masuk ke sana,” jelas Arief.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/17/pa-ebit-lew-jawab-dakwaan-caprice/

BACA JUGA : Lembaga Tabung Haji bawah Bank Negara?, Tok Mat luah kebimbangan