Panas !!! Pas tolak sebarang kompromi dengan kelompok kleptokrat

Pas

Pas tolak sebarang kompromi dengan kelompok kleptokrat. Pas memberi jaminan akan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam apa juga situasi kemelut politik yang berlaku, tegas Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Tegas beliau, sebagaimana pendirian yang diputuskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, DUPP juga menolak sebarang kompromi bersama kelompok kleptokrat yang cuba mengganggu gugat proses pentadbiran negara serta menginginkan berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Katanya, beliau amat kesal dan kecewa dengan sikap rakus segelintir pimpinan politik yang mahu mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan serta kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Bahkan, menurut beliau, tindakan kelompok itu telah membawa kepada situasi politik tidak stabil dan harmoni sehingga mendorong peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pas

“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri di atas sumbangan dan keringat yang dicurahkan beliau sepanjang lebih 17 bulan memerintah.

“Muhyiddin bersama Kabinetnya banyak mencurahkan sumbangan dan keringat sepanjang memimpin kerajaan PN, walaupun dalam tempoh yang singkat.

“Kepada kami, beliau telah melakukan yang terbaik untuk manfaat negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuatkuasa serta merta dalam sesi mengadap di Istana Negara.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/17/pas-tolak-untuk-bersama-kelompok-kleptokrat/

BACA: Terkini !!! Ketua-ketua parti Politik mula masuk ke Istana Negara