Panas !!! Pas tak setuju dengan kempen kibar bendera putih

Panas !!! Pas tak setuju dengan kempen kibar bendera putih

Pas tak setuju dengan kempen kibar bendera putih

Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan bantuan.

“Kita tidak setuju dengan cadangan ini iaitu kibar benda putih, jika kehabisan makanan, banyak kaedah lain yang boleh digunakan.

“Jangan angkat bendera putih kerana tindakan ini seperti orang kalah perang, sedangkan kita masih ada kekuatan, kibarkan panji Islam dengan kibaran syiarnya Islam sebagai agama yang saling membantu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular dalam pelbagai platform media sosial pada Isnin.

Kebanyakan medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati, saranan mengibarkan bendera putih disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pandemik.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur menjelaskan, perbuatan menaikan bendera putih boleh menyebabkan ada individu yang mengambil kesempatan diatas kesusahan hidup dilalui.

Katanya, malah tindakan itu seperti membuka keaiban sedang setiap insan perlu memelihara maruah diri dan ummah.

Rosli menambah, semua pemimpin seperti Ahli Parlimen dan ADUN di setiap kawasan perlu membuka bilik operasi bantuan dan talian operasi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 sekali gus menjadi penyelaras kepada organisasi yang diamanahkan untuk menyalurkan bantuan.

“Organisasi komuniti masyarakat seperti

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan seumpamanya disaran membuka bilik operasi bantuan untuk orang yang terputus bekalan makanan, selain menyediakan khidmat penghantaran bagi yang tiada kenderaan,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, masjid atau surau mesti berperanan sebagai pusat bantuan rakyat samaada dengan dana bantuan kerajaan, majlis agama, Pusat Zakat, dan bantuan orang ramai.

Ujarnya, bagi yang bukan Islam juga boleh dilaksanakan di kuih, tokong atau gereja dan mana-mana pusat komuniti mereka.

“Pastikan talian operasi diketahui oleh komuniti dengan apa jua cara sebaran. Justeru mereka yang memerlukan bantuan boleh datang atau menghubungi talian operasi.

“Saya yakin dengan cara ini kita dapat mengelakkan orang mengambil kesempatan dan tidak menjadikan rumah mereka sebagai stor menyimpan barang sumbangan,” katanya.

Sehubungan itu, Rosli berkata, bagi penduduk di Dun Tanjung Lumpur boleh menghubungi talian operasi 011-5989 7556, jika terputus bekalan makanan.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/146984/EDISI/Elak-kibar-bendera-putih-mohon-bantuan

Jika Anda Terlepas:Jangan angkat bendera putih, angkat tangan berdoa – Nik Abduh