Panas !!! Pakar Meteorologi dedah sistem amaran banjir negara gagal berfungsi

Pakar Meteorologi dedah sistem amaran banjir negara gagal berfungsi. Bencana banjir terburuk yang berlaku dalam tempoh 50 tahun bukan disifatkan sesuatu di luar jangka sehingga mencetuskan situasi kelam kabut masyarakat termasuk di peringkat pengurusan tertinggi kerajaan.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata, ‘kedatangan’ bencana yang bakal melanda negara sepatutnya sudah diramal berikutan negara sudah dilengkapi sistem ramalan tercanggih.

Namun, katanya, kegagalan sistem amaran untuk meng­uar-uarkan secara tegas dan serius mengakibatkan berlaku huru hara dan tiada koordinasi.

Panas !!! Pakar Meteorologi dedah sistem amaran banjir negara gagal berfungsi

KEROSAKAN harta-benda dan kehilangan nyawa akibat bencana boleh diminimumkan jika ramalan dan sistem amaran bencana dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan dan seluruh rakyat.

Beliau menjelaskan, sebagaimana banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 sehingga mencetuskan tsunami kecil terutama di Kelantan ketika itu, ketiadaan sistem ramalan dan amaran menjadi punca banyak kemusnahan harta benda dan nyawa sekelip mata.

“Bencana ini sudah dijangka dan diramal kerana ia bukan sahaja menimpa Malaysia malah di peringkat kaji cuaca Singapura dan dunia sudah meramalkannya, tetapi kita tidak ‘bising’ tidak pula ‘menjerit’. Ini bukan banjir kilat tetapi bencana banjir terburuk.

“Sistem ramalan tercanggih kita ada selepas kajian dibuat mengambil kira situasi pada 2014 dan banjir yang berlaku kini bentuknya sama, hanya tempat berlainan, tetapi kenapa tidak lakukan senario petunjuk?

“Kita ada peralatan komputer canggih dengan sistem radar, maknanya boleh buat perkiraan ramalan hampir tepat, boleh dapat 20 minit awal jika bencana akan berlaku enam jam contohnya. Bila dah dapat ramalan pada 16 hari bulan, 17 hari bulan dah boleh bagi amaran tetapi kenapa tidak ada?” Soalnya di sini semalam.

Menurut beliau, bencana boleh berlaku pada bila-bila masa dan negara perlu hidup dengan bencana, namun, apa yang boleh mengurangkan bencana itu ialah melalui sistem amaran.

BACA JUGA : Terkini !!! Pekan Kajang banjir, Sungai Langat kembali cecah paras bahaya
Mangsa banjir dilarang pinjam ah long – PDRM

Artikel ini disiarkan pada 28/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)