Panas !!! Paip dasar sungai pecah, SPAN panggil UPEN Terengganu beri keterangan

Paip dasar sungai pecah, SPAN panggil UPEN Terengganu beri keterangan.Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memanggil Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) hari ini untuk memberi keterangan berhubung kerosakan paip di dasar sungai negeri itu.

Dalam notis SPAN yang dilihat Malaysia Dateline, dimaklumkan bahawa keterangan bertulis itu diambil mengikut Seksyen 156.

Pihak UPEN dikehendaki membawa bersama dokumen permohonan pengambilan pasir di lokasi berhampiran paip pecah serta prosedur permohonan dan kelulusan pengambilan pasir sungai itu.

Turut perlu dibawa bersama-sama ialah dokumen berkaitan syarat-syarat permit atau lesen pengambilan pasir serta minit mesyuarat jawatankuasa yang meluluskan pemberian permit atau lesen.

Paip

“Sekiranya anda (UPEN) gagal untuk hadir, suatu saman mahkamah akan dikeluarkan kepada anda untuk mengkehendaki kehadiran anda seperti yang dipohon,” dipetik daripada notis itu.

Terdahulu, kebocoran paip di dasar Sungai Terengganu bulan lalu menjejaskan 150,000 penduduk di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

UPEN pada 30 Ogos lalu memberitahu hasil siasatan jawatankuasa khas disertai oleh 12 ahli daripada pelbagai jabatan dan agensi itu dijangka siap pertengahan bulan ini.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/span-panggil-upen-terengganu-beri-keterangan-isu-paip-pecah/

BACA: Benarkah Taliban sudah berubah?