Panas!! Netizen kecam PN buat mesyuarat politik semasa darurat

Perikatan Nasional (PN) akan membentuk struktur pilihan raya di peringkat negeri segera dengan menampilkan “citra PN yang mendakap prinsip kepelbagaian dan keharmonian.”

Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas mesyuarat malam tadi.

Azmin Ali mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional di Putrajaya, malam tadi.

Mesyuarat itu berlangsung dengan kehadiran semua Pengarah Pilihan Raya parti-parti anggota PN; Pas, PPBM, Star, SAPP dan Gerakan.

“Mesyuarat menetapkan untuk memperkukuh kerjasama utuh melalui gerak kerja pilihan raya demi menjana dukungan rakyat,” kata Azmin dalam kenyataan yang disiarkan dalam Facebook beliau itu.

Azmin dan pengarah-pengarah pilihan raya PN turun dari bilik mesyuarat malam tadi.

Namun, sebagaimana biasa, rakan-rakan Facebook beliau bukannya memuji atau menyokong tindakan itu tetapi mengherdik dan menyerang bekas timbalan presiden PKR yang khianat itu.

Mohd Faisal Bosh menulis, “Kalau pihak lawan berpolitik..korang cakap ni bukan mase sesuai…diam diam..korang berpolitik..betul betul cicak mengkarong.”

Cicak mengkarung adalah istilah yang selalu digunakan Azmin ketika menyerang lawan politik beliau.

Fadzil Jamal pula menulis, “nampak sangat agenda geng2 ni. Bersidang parlimen tak boleh. Meeeting jentera P/raya boleh pulak. Jangan nanti kes turun tup2 terus kata nak bubar Parlimen! siap la bungkus ikat tepi PN. rakyat memerhati anda semua!”

Nadira Hamid pula menulis, “YDPA kan da bertitah fokuskan masalah rakyat. Kenapa sibuk lagi berpolitik? Ramai yang hilang sumber pendapatan, keciciran pendidikan malah ramai yg hilang nyawa. PRU15 ni memang korang bungkus la..”

Mu’az Muhaimin pula menulis, “Tak sabar rakyat nak humban mereka2 yg menjadi punca ketidaktentuan politik negara pada hari ni”.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/pn-mesyuarat-pilihan-raya-masa-darurat-bentuk-struktur-pilihan-raya-negeri/

COMMENTS

Wordpress (0)