Panas !!! Najib harap kerajaan baharu akan buat ‘U-turn’

Najib

Najib harap kerajaan baharu akan buat ‘U-turn’.Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan baharu melaksanakan semula kuarantin wajib bagi pengembara tempatan dan warga asing lengkap dua dos vaksin yang pulang atau tiba dari luar negara.

Beliau berkata, langkah kerajaan membenarkan mereka menjalani kuarantin di rumah sejak dua minggu lalu tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat biasa yang sudah lama berkurung dan tidak dibenarkan ke luar negara.

“Ia hanya akan menambah risiko bagi kemasukan varian Lambda serta varian Delta Plus yang dikatakan kebal vaksin ke dalam negara ketika kes baharu Covid-19 kita masih cecah rekod tertinggi,” katanya.

Najib

Najib berkata, golongan yang disasarkan dengan kelonggaran itu adalah kumpulan mampu membayar kos kuarantin di pusat kuarantin atau hotel yang dipantau kerajaan.

“Harap Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) atau kerajaan baharu akan buat ‘U-turn’ serta-merta,” katanya dalam catatan di Facebook.

Pada 8 Ogos lalu, Perdana Menteri Sementara Muhyiddin Yassin mengumumkan pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di negara ini termasuk penduduk tetap dan “Malaysia MY Second Home” yang pulang atau tiba dari luar negara dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/20/harap-kerajaan-baharu-u-turn-kuarantin-wajib-pengembara-lengkap-vaksin-kata-najib/

BACA: Media luar negara lapor pemimpin dari parti korup bakal kembali ketuai kerajaan Malaysia