Panas !!! Najib gesa kerajaan perkenal semula GST

Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan supaya sistem percukaian barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula secepat mungkin selepas negara pulih daripada pandemik Covid-19.

Ini kerana menurut ahli parlimen Pekan itu, ia dapat mencapai matlamat dalam mengurangkan jurang pendapatan antara rakyat di negara ini.

“Kutipan-kutipan hasil GST ni mampu diagihkan kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding dengan nilai GST yang dibayar mereka.

Najib gesa kerajaan perkenal semula GST

“Sebab tu kita perlu melaksanakan semula sistem GST secepat mungkin apabila negara pulih daripada Covid sekiranya ingin mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, matlamat menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan,” katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

GST dilaksanakan sewaktu pentadbiran Najib pada 2015 pada kadar 6 peratus.

Cukai berkenaan dianggap kontroversi kerana dikatakan menjadi beban kepada rakyat dan menjadi punca harga barang meningkat. Ia kemudian digantikan semula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Bagaimanapun bagi mereka yang menyokong GST menganggap sistem percukaian itu lebih telus dan mampu mengurangkan kegiatan pengelakan cukai berbanding SST yang dikatakan mempunyai banyak kelemahan.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/593148

BACA JUGA : Isu RM13 juta dipindah ke Kanada, Mukhriz sekali lagi minta Sanusi lapor segera ke pihak berkuasa

COMMENTS

Wordpress (0)