Panas !!! MySejahtera tak berkesan, Bung mahu vaksin secara ‘walk in’ di Sabah

Panas !!! MySejahtera tak berkesan, Bung mahu vaksin secara ‘walk in’ di Sabah

MySejahtera tak berkesan, Bung mahu vaksin secara ‘walk in’ di Sabah.  Kerajaan pusat perlu mempertimbangkan pemberian vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’ di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri, Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, pendekatan itu perlu dilaksanakan untuk mereka yang belum menerima janji temu terutama penduduk di luar bandar yang tidak mempunyai akses internet.

“Saya menyarankan kepada pihak berkaitan supaya melaksanakan inisiatif lain bagi menggalakkan lagi pendaftaran vaksin di negeri ini memandangkan kaedah menerusi MySejahtera tidak cukup berkesan.

“Pendekatan ‘walk-in’ wajar dipertimbang kepada rakyat Sabah yang belum lagi menerima janji temu khususnya di kawasan luar bandar memandangkan sebahagian mereka tidak mempunyai akses kepada kemudahan internet.

MySejahtera

“Ini bagi memastikan Sabah dapat mencapai sasaran imuniti kelompok dalam tempoh yang disasarkan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kerajaan pusat perlu mempertimbangkan pemberian vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’ di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri, Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Bung menyeru kerajaan pusat khususnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) supaya mempercepatkan penghantaran vaksin ke negeri itu.

Katanya, data JKJAV menunjukkan penerima vaksin bagi dos pertama dan kedua di negeri itu amat rendah berbanding negeri lain dan perkara itu amat membimbangkan dengan peningkatan kes positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.

Beliau berkata, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) serta program “outreach” namun sasaran vaksinasi sukar dicapai jika bekalan vaksin tidak mencukupi.

“Perkara ini tidak boleh dilengahkan kerana kita berdepan dengan ancaman virus Covid-19 yang lebih berbahaya ekoran penemuan varian baharu yang lebih mudah menular,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/21/vaksin-secara-walk-in-di-sabah-mysejahtera-tak-cukup-berkesan-kata-bung/

jika terlepas: PdPR : Bertenggek tepi jalan, bawah jambatan untuk dapat capaian internet