MP Umno dedah hasil pertemuan rahsia di banglo Jln Bellamy

MP Umno dedah hasil pertemuan rahsia di banglo Jln Bellamy

Seorang ahli Parlimen UMNO mempersoalkan sikap Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah ‘takut’ untuk mengadakan pertemuan dengan 38 ahli Parlimen UMNO bagi membincangkan usul menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, taktik Ahmad Zahid memanipulasi sokongan ahli-ahli MKT bagi menukar ketetapan diputuskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 tempoh hari tidak akan berhasil kerana PAU adalah badan pembuat keputusan parti tertinggi berbanding MKT.

Jelas beliau, dalam konteks menarik sokongan daripada kerajaan PN, Ahmad Zahid tiada kuasa prerogatif untuk mengarahkan ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) berbuat demikian susulan keputusan pembentukan kerajaan sedia ada terletak pada tangan ahli Parlimen berkenaan serta langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat MKT.

SD ada dengan Hishamuddin umno

“Jadi, bila hendak tarik sokongan, mengapa dia takut hendak jumpa ahli-ahli Parlimen UMNO dan gunakan MKT untuk overrule keputusan PAU 2020?

“Nampak sangat tindakan terdesak Ahmad Zahid adalah ‘wayang’. Kesnya di mahkamah dalam peringkat pembelaan diri. Sepatutnya dia rehat sementaralah, selesaikan dahulu kes mahkamah,” katanya kepada Sinar Ahad.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147950/BERITA/Politik/Mengapa-takut-jumpa-MP-UMNO

BACA JUGA : Iklan jual kampung lama, free gift ‘hantu’ curi perhatian