Panas !!! MP Putatan pula disebut akan lompat sokong Muhyiddin

Panas !!! MP Putatan pula disebut akan lompat sokong Muhyiddin

Tren melompat parti semakin mengganas mutakhir ini. Semalam negara digemparkan dengan 2 MP PKR yang mengisytiharkan menyokong kepimpinan PM, Muhyiddin Yasin.

Hari ini, naik pula nama seorang lagi MP PKR yang bakal mengalihkan sokongan mengikut jejak Julau dan Tebrau semalam. Nama yang disebut-sebut ialah MP Putatan, namun sehingga berita ditulis beliau masih belum membuat keputusan samada kepada Perikatan Nasional ataupun Umno.

Meskipun satu laporan polis telah dibuat bagi menafikan khabar angin tersebut, namun ianya bukanlah dilakukan oleh MP tersebut, tetapi hanya dibuat oleh Naib Ketua Cabang PKR Putatan itu sendiri.

Semua maklum sebelum ini, Tebrau juga pernah menafikan akan keluar parti untuk menyokong Muhyiddin Yassin namun tidak sampai 3 hari penafian dikeluarkan ternyata penafian itu sekadar mainan kata sahaja.

Jika perkara yang sama juga dilakukan oleh Putatan, maka harapan PH untuk kembali merampas kerajaan dilihat semakin malap. Justeru tidaklah menghairankan apabila Anwar Ibrahim sendiri seakan sudah tidak lagi ghairah membicarakan soal peralihan kuasa federal akhir-akhir ini.

Sumber:https://awangpeningkini.blogspot.com/2021/02/tudia-selepas-julau-dan-tebrau-mp.html?m=1