Panas !!! MKT Umno akhirnya sahkan ketulinan audio ‘PM,Idris’?

MKT Umno akhirnya sahkan ketulinan audio ‘PM,Idris’.Majlis Tertinggi (MT) UMNO kecewa susulan tindakan pihak tertentu membocorkan audio perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, baru-baru ini.

Idris adalah salah seorang daripada dua ADUN UMNO yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, selain dua ADUN Bersatu dan Bebas, menyebabkan kerajaan UMNO Melaka tumbang pada 4 Oktober lalu.

Selain Idris, bekas ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; bekas ADUN Bersatu Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan bekas ADUN UMNO Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, turut menarik sokongan.

Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat rakaman audio itu.

Umno

Menurutnya mesyuarat MT UMNO malam tadi membangkitkan perkara itu.

Tindakan membocorkan audio itu bertujuan mencemarkan reputasi ahli politik dan pernah berlaku kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamdi, dan kini kepada Perdana Menteri, katanya malam tadi.

Beberapa hari lalu tular klip audio berdurasi tujuh minit dalam media sosial dikatakan antara Idris dan Ismail Sabri yang sekali gus mendedahkan situasi sebenar krisis politik yang sedang berlaku di Melaka.

Daripada perbualan kedua-dua pemimpin UMNO tersebut, ia secara tidak langsung mendedahkan perebutan kuasa melibatkan Idris dengan Sulaiman yang didakwa sekadar menjadi budak suruhan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Suara mirip Idris dalam perbualan telefon tersebut mengadu rasa tidak puas hati terhadap Sulaiman yang didakwa tidak mengutamakan kepentingan rakyat di Melaka dan banyak keputusan kerajaan negeri dipengaruhi oleh Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

Suara mirip Ismail Sabri dalam klip tersebut pula cuba memujuk Idris agar menarik balik keputusannya untuk tidak menyokong Sulaiman sehingga mengakibatkan tercetusnya kemelut politik di Melaka.

BACA: 10 jenis kucing paling besar dan dahsyat pernah hidup di bumi

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! MKT Umno akhirnya sahkan ketulinan audio ‘PM,Idris’? […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! MKT Umno akhirnya sahkan ketulinan audio ‘PM,Idris’? […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! MKT Umno akhirnya sahkan ketulinan audio ‘PM,Idris’? […]