Panas !!! Militan Sulu siap sedia serang Sabah

SATU perancangan rahsia untuk menyerang Sabah dipercayai telah dirancang oleh Militan Sulu di Selatan Filipina.

Malah, difahamkan satu mesyuarat rahsia melibatkan 19 Datuk Bandar juga telah dilakukan untuk merekrut 600 lelaki untuk menyerang negeri dan mengehantar pengintip untuk memantau kawasan persisir pantai.

Pertemuan tersebut didakwa diaturkan oleh seorang pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina.

Panas !!! Militan Sulu siap sedia serang Sabah

PERSIAPAN untuk melindungi Sabah juga sedang diperketatkan oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, sumber kanan keselamatan serantau yang memberitahu majalah Post’s This Week In Asia bahawa mesyuarat itu diadakan pada 1 Disember lalu.

Pertemuan itu diaturkan oleh seorang pegawai tempatan Wilayah Sulu yang mengumpulkan Datuk Bandar Kepulauan Sulu untuk membincangkan rancangan “Tentera Diraja Sulu” bagi menyerang Sabah.

“Rancangan itu akan berpotensi menjadi kenyataan bergantung kepada berapa banyak sokongan politik dan dana yang boleh diperoleh daripada pelbagai pihak.

“Ramai pihak berkepentingan di Filipina dan luar negara sanggup mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politik dan strategik masing-masing,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah bahawa Februari 2022 dilihat sebagai masa terbaik untuk menyerang sebagai simbolik “memperingati” pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Sumber itu juga berkata pelaksanaan rancangan itu didorong oleh kegagalan pewaris Kesultanan Sulu mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan hak proprietari ke atas Sabah.

Dilaporkan bahawa daripada 19 datuk bandar yang menghadiri mesyuarat rahsia itu, 11 bersetuju dengan rancangan itu manakala selebihnya duduk di atas pagar, tidak bersetuju mahupun menolaknya.

“Setiap Datuk Bandar dijangka menyediakan 50 orang yang mahir dan berani dalam pertempuran.

“Kos peluru dan logistik lain perlu ditanggung oleh pegawai tinggi yang turut berjanji menyumbang RM42,000 untuk membina 100 bot laju yang akan digunakan untuk menyerang Sabah,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, pegawai tempatan itu dipercayai telah membekalkan 500 senjata api kepada wakil tempatan di Sulu yang kemudiannya akan mengagihkannya kepada Militan.

Sumber itu juga berkata, 150 hingga 200 pengintip dari Sulu dijangka diarahkan ke Lahad Datu dan Semporna iaitu dua bandar pantai utama di mana pasukan penceroboh mungkin mendarat.

Dalam pencerobohan 2013, dianggarkan 235 militan iaitu sebahagian daripada mereka bersenjata telah mendarat di Lahad Datu pada 11 Februari.

“Semua askar Sulu yang memasuki perairan Lahad Datu dan Semporna (dalam plot pencerobohan baharu) akan membawa masuk senjata api,” kata sumber itu.

“Senjata api itu akan ditanam terlebih dahulu di kawasan tertentu sebelum digunakan untuk menyerang sasaran,” katanya.

Sumber keselamatan itu berkata, pengumpulan risikan dan keselamatan telah dipertingkatkan di Sabah sejak penemuan mesyuarat Sulu.

BACA JUGA : Panas !!! Tentera Sulu dilapor mahu serang Sabah, ini respon Timb Menteri
Langgar SOP : Penganjur Aspirasi Keluarga Malaysia dikompaun RM1,000

Artikel ini disiarkan pada 10/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)