Mesyuarat Umno tegang? MKT bukak cerita apa yang berlaku

Mesyuarat Umno tegang? MKT bukak cerita apa yang berlaku

Mesyuarat Umno tegang? Ahli MKT bukak cerita apa yang berlaku. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azian Osman menerusi hantaran di Facebooknya menafikan berlakunya ketegangan mahupun pertengkaran dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi seperti yang tular di laman sosial.
“Beberapa orang kawan bertanya pada saya betulkah mesyuarat MKT UMNO malam tadi tegang, maki-memaki? Dalam media sosial ada ditular begitu.

Umno

“Mesyuarat MKT UMNO macam biasa berjalan dengan baik dan harmoni. Ramai yang bercakap memberi hujah tapi dengan tertib mesyuarat.

“Tak ada ketegangan, jauh sekali maki-memaki. Ini adalah UMNO,” katanya menerusi hantaran tersebut pada Khamis.

Laporan media sebelum ini mengatakan mesyuarat yang bermula pada 8.30 malam itu dikatakan tegang selepas setiap ahli MT menyuarakan pendapat yang UMNO adalah sebuah parti perlu berdiri sendiri.

Bagaimanapun, selepas hampir lima jam bermesyuarat, MKT UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Berita penuh : Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148752/BERITA/Politik/Tiada-ketegangan-dalam-Mesyuarat-MKT-UMNO

jika Anda Terlepas: Umum TPM baru bukti Muhyiddin sedang terdesak – Mujahid