Panas !!! Menteri Umno umum kekal sokong Muhyiddin

Panas !!! Menteri Umno umum kekal sokong Muhyiddin

Menteri Umno umum kekal sokong Muhyiddin. Jemaah Menteri sebulat suara kekal menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, di sebalik keputusan Umno menarik sokongan terhadap Presiden Bersatu tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, Jemaah Menteri berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada hari ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

“Ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

menteri

Jemaah Menteri berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Sekali gus membawa negara keluar daripada pandemik Covid-19.”

Pada Khamis lalu, Umno memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendesak Perdana Menteri berundur dengan segera ekoran dakwaan kegagalan Perikatan Nasional menangani pandemik Covid-19.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/14/ahli-jemaah-menteri-kekal-sokong-muhyiddin/

BACA JUGA : Siapa bakal meledak, Umno atau PPBM?