Panas !!! Menteri Umno pula jumpa Muhyiddin malam tadi?

Muhyiddin

Menteri Umno pula jumpa Muhyiddin malam tadi?

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menaiki kenderaan Toyota Land Cruiser kelihatan memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, kira-kira jam 9.26 malam tadi.

Ketibaan Hishammuddin yang diiringi sebuah motosikal pengiring selepas satu setengah jam Perdana Menteri pulang ke kediamannya kira-kira 7.50 malam tadi.

Selain Hishammuddin, turut kelihatan memasuki perkarangan kediaman Perdana Menteri ialah dua kenderaan Menteri Kabinet dan beberapa kereta orang kenamaan (VIP) secara berperingkat bermula jam 9.20 malam tadi.

umno

Terdahulu Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas bersama ketua-ketua PN dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kira-kira dua jam di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, petang tadi.

Mesyuarat khas yang bermula jam 5 petang itu dihadiri Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Terdahulu, Muhyiddin yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam meninggalkan kediamannya hari jam 7.50 pagi tadi.

Bagaimanapun selepas 12 jam di Putrajaya, Muhyiddin kelihatan bergegas pulang ke kediaman di Bukit Damansara dengan diiringi kereta dan motosikal pengiring polis kira-kira jam 7.50 malam tadi.

MalaysiaGazette difahamkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai juga turut hadir dalam mesyuarat khas itu.

Ahli Parlimen Pagoh itu mempengerusikan mesyuarat khas petang tadi dipercayai bagi memeterai konsensus untuk mengekalkan sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam perutusan khasnya memberi jaminan beliau akan membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri dengan membawa usul percaya terhadap dirinya dalam sidang Parlimen, 6 September ini.

Ia susulan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu yang sebulat suara menarik sokongan daripada Kerajaan PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

BERITA PENUH : https://malaysiagazette.com/2021/08/12/hishammuddin-dua-menteri-kabinet-temui-pm-malam-ini/

 

BACA JUGA :

Panas !!! 2 jam mesyuarat ketua parti, PM bakal buat pengumuman besar?

Panas !!! Agong boleh lantik PM baru, kemudian disahkan di parlimen

Gempar !!! Agong dilapor titah Muhyiddin percepat sidang Parlimen