Panas !!! Menteri anggap soalan sejauh mana kejayaan k’jaan kawal Covid-19 boleh ‘naikkan darah’

Panas !!! Menteri anggap soalan sejauh mana kejayaan k’jaan kawal Covid-19 boleh ‘naikkan darah’

Menteri anggap soalan sejauh mana kejayaan k’jaan kawal Covid-19 boleh ‘naikkan darah’.

Sejauh manakah kejayaan kerajaan dalam mengawal wabak Covid-19, soal moderator program bual bicara dalam talian kepada Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

“Nampaknya soalan yang boleh menaikkan suhu dan naikkan darah.

“Sebab di luar sana saya lihat banyak juga komen-komen kerajaan gagal dan khususnya gagal menangani Covid-19,” jawab Annuar dalam forum anjuran Harakah Daily malam tadi.

Menurut Annuar antara petunjuk kerajaan berjaya mengawal pandemik adalah apabila orang ramai sudah tidak lagi takut terhadap Covid-19.

“Bila orang tidak takut ertinya bagi sesetangah orang ini tidak wabak. Larang pun dia buat, jangan rentas sempadan dia buat, dia tidak takut.

“Sampai kita terpaksa menggunakan kuasa-kuasa kepolisan.

“Sepatutnya bila wabak masing-masing orang akan pertahan diri sendiri.

“Pada saya itu adalah indication bahawasanya kita berjaya mengawal wabak sehingga dia tidak dianggap wabak oleh sesetengah orang…

“Itu tanda kejayaan,” kata Annuar.

RM100 satu suntikan vaksin

Ahli parlimen Ketereh itu juga membangkitkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebagai petunjuk kejayaan kerajaan dalam mengawal pandemik.

“Bagaimana nak kata kita gagal? Dalam keadaan sekarang tiap-tiap empat hari sejuta rakyat diberi suntikan percuma.

“Setiap empat hari, berapa negara yang buat begitu?

Menteri

Pemvaksinan melalui program trak vaksin bergerak di Kuala Lumpur.

“Kiralah RM100 satu suntikan. Berapa banyak kita boleh berbelanja. Adakah itu tanda kita gagal,” jelasnya.

Menjawab lanjut soalan moderator forum Harakah Daily itu, Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh meminta orang ramai membandingkan keadaan di Malaysia dengan negara lain, khususnya negara yang lebih maju teknologi dan sains perubatannya.

Memetik beberapa contoh, dia berkata Amerika Syarikat setakat ini telah mencatatkan hampir 35 juta kes positif termasuk 615,232 kematian, manakala United Kingdom mencatat lebih 4.5 juta kes dengan 127,000 kematian.

Ini, menurut Annuar, merupakan satu lagi petunjuk prestasi Malaysia yang baik berbanding negara-negara lain.

“Kalau tanya Malaysia berjaya atau tak, kita patut bersyukur ke hadrat Allah Taala.

“Kita tidak nafikan ancaman besar (wabak terhadap) negara kita, tetapi secara relatif kita sudah cukup berjaya,” katanya.

Untuk rekod, penduduk Malaysia pada 2020 dianggarkan berjumlah 32.69 juta orang, menurut Jabatan Perangkaan.

Sementara itu, AS memiliki populasi seramai 331 juta orang, manakala UK 67.8 juta orang, menurut data PBB untuk 2020.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/580280