Panas !!! “Mengapa warga asing dapat vaksin dulu? Dapat jemputan dari MySejahtera pulak tu”, tegur netizen

Panas !!! “Mengapa warga asing dapat vaksin dulu? Dapat jemputan dari MySejahtera pulak tu”, tegur netizen

Tindakan lelaki warga asing mengenakan alat pernafasan buatan sendiri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, menarik perhatian ramai.

Gambar lelaki bersama alat ‘pelik’ itu yang dipercayai dirakamkan oleh seorang pengunjung yang turut berada dalam PPV sama dua hari lalu mula tular dalam media sosial petang ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail ketika dihubungi mengesahkan kehadiran lelaki yang mengenakan alat itu di PPV untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Ya, betul lelaki warga asing itu hadir untuk menerima suntikan vaksin di PPV Kompleks Sukan LADA dua hari lalu.

“Difahamkan dia dapat panggilan untuk menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.

Dr Mansor berkata, ketika tiba di kaunter pendaftaran dan menerima suntikan, lelaki itu berpakaian biasa dan lengkap dengan pelitup muka.

“Sebaliknya ketika berada di sesi pemantauan, dia dipercayai mengeluarkan alat itu dari beg dibawanya sebelum mengenakan pada muka dan kepalanya.

“Malah, berdasarkan pengakuan yang diberikan kepada petugas kesihatan, lelaki itu tidak mengalami sebarang penyakit berkaitan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pasti apa tujuan lelaki itu berbuat demikian sehingga menarik perhatian ramai.

Sementara itu netizen melahirkan rasa kecewa, antaranya 

Warga asing?minta pencerahan…kami yg warganegara pun duk tunggu tak dapat2 lagi
Kenapa warga asing boleh dapat dulu? Dia ada penyakit kritikal macam datin paduka ke?
Ramai jugak warga asing dapat vaksin percuma.pelik2 je..warganegara ramai lg belum dapat
Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/710930/terlebih-kreatif-nak-elak-covid-19?