Panas !!! Media luar negara dakwa Malaysia gagal lapor pelepasan karbon kepada PBB

Media antarabangsa baru-baru ini mendakwa Malaysia gagal melaporkan pelepasan karbon kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Walaubagaimanapun, Malaysia menafikan gagal melaporkan pelepasan gas rumah hijaunya kepada PBB, sepertimana yang didakwa dalam laporan oleh Washington Post.

Memetik laporan FMT, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man membidas laporan itu dan berkata bahawa “Malaysia menjalankan proses yang sangat ketat apabila menghasilkan Laporan Kemaskini Dwitahunan (BUR)”.

Media luar negara dakwa Malaysia gagal lapor pelepasan karbon kepada PBB
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.

Artikel yang diterbitkan Washington Post pada hari Ahad itu menulis BUR Malaysia yang dikemukakan kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada Disember 2020 mencadangkan bahawa hutan di Malaysia menyerap karbon empat kali lebih cepat daripada hutan serupa di negara jiran Indonesia.

Dalam artikel tersebut turut menyatakan bahawa “dakwaan mengejutkan” Malaysia telah membolehkan negara itu menolak lebih 243 juta tan karbon dioksida daripada inventori 2016 – sekali gus mengurangkan 73% pelepasan daripada dasar ditetapkan.

“Kami ingin menegaskan bahawa semua maklumat dan nilai yang dilaporkan dalam BUR menjalani pelbagai perbincangan dengan pemegang taruh yang melibatkan penyedia data, pakar, ahli akademik, NGO dan sektor swasta,” kata Tuan Ibrahim.

“Maklumat yang digunakan dalam membangunkan BUR adalah berdasarkan data kebangsaan dan saintifik yang diterbitkan dan dilaporkan secara telus.”

Beliau menambah bahawa Malaysia sejajar dengan keperluan UNFCCC yang menggesa penggunaan garis panduan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) 2006 untuk inventori gas rumah hijau negara (GHG) dalam menganggar dan melaporkan inventori GHGnya.

Selepas penyerahan BUR, UNFCCC akan mengumpulkan pasukan pakar teknikal untuk meneliti dan menganalisis laporan Malaysia dalam tempoh enam bulan selepas penyerahan – dengan laporan itu tertakluk kepada set penilaian lain di mana negara boleh mengemukakan soalan melalui portal UNFCCC.

Soalan-soalan ini perlu dijawab dalam masa sebulan.

“Keseluruhan proses adalah berdasarkan ketelusan, ketepatan, konsistensi…” kata Tuan Ibrahim.

“Oleh itu, Malaysia kesal dengan tindakan Washington Post mempersoalkan integriti proses dan hasil UNFCCC.”

Menteri itu kini berada di Glasgow, Scotland, untuk Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC COP-26), di mana Malaysia telah bersetuju untuk menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Penggunaan Tanah serta Ikrar Metana Global.

BACA JUGA : Kisah benar ‘Raja Dadah’ sanggup tukar muka untuk elak ditangkap
Tajuddin bakal jadi duta Malaysia ke Indonesia?