Panas !!! Mat Sabu seru MP menang atas tiket PH agar kembali

Mat Sabu

Mat Sabu seru MP menang atas tiket PH agar kembali. Sah! Perdana Menteri sudah melepaskan jawatan. Di hadapan kita hari ini sudah lebih daripada 1.3 juta orang dijangkiti COVID 19 dan lebih 12 ribu kematian dicatatkan. Jumlah ini juga meningkat dari hari ke hari dengan beberapa negeri dilihat kembali merekodkan kes yang tinggi.

Oleh itu, keutamaan kepada kita semua ketika ini untuk bekerjasama memulihkan kembali kesihatan dan ekonomi negara yang sangat parah. Demokrasi perlu kembali dipulihkan agar pendangan semua pihak diambil kira samada dikalangan ahli ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang serta pihak-pihak yang lain. Proses semak dan imbang melalui institusi parlimen mesti dihidupkan agar kerajaan baru yang didirikan sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya.

Justeru, saya menyeru kepada semua rakan-rakan ahli parlimen yang menang di atas tiket Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihanraya yang lalu, kembali bersatu dibawah payung Pakatan Harapan agar mandat yang diberikan oleh oleh rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Mat Sabu

 

Apa yang telah berlaku sebelum ini biarkan ia berlalu dan kita cipta sejarah untuk bina semula negara tercinta ini. Di dalam menghadapi situasi getir seperti ini, jiwa besar amat diperlukan kerana tidak ada yang benar-benar diharapkan oleh rakyat melainkan kesihatan dan ekonomi rakyat kembali pulih.

Apabila mandat rakyat dalam pilihanraya yang lalu dikembalikan dan institusi parlimen dihidupkan, maka tidak ada sesiapa yang ketinggalan kerana peranan dan pandangan pembangkang akan turut diambil kira dalam menguruskan Malaysia untuk keluar daripada kemelut kesihatan akibat COVID 19 ini dan kembali membina semula ekonomi negara.

Mohamad Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara

Sumber:

BACA: Gempar !!! Muhyiddin dilapor cadang pembubaran parlimen?