Panas !!! Mangsa dera di rumah kebajikan terbongkar bila penghuni positif Covid-19

Panas !!! Mangsa dera di rumah kebajikan terbongkar bila penghuni positif Covid-19

Mangsa dera di rumah kebajikan terbongkar bila penghuni positif Covid-19. Seorang remaja penghidap sindrom down yang dijadikan anak angkat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, dipercayai didera di sebuah rumah kebajikan didiaminya sejak setahun lalu.

Seorang pengguna Facebook turut mendakwa beliau dimaklumkan bahawa pemilik rumah kebajikan berkenaan, petugas dan beberapa penghuninya dijangkiti Covid-19, bagaimanapun nama remaja berusia 13 tahun itu tidak dimasukkan dalam senarai yang diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Senarai nama penghuni telah diserahkan kepada KKM untuk tindakan lanjut, namun namanya (mangsa) tidak dimasukkan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pengguna Facebook itu berkata, perkara tersebut menimbulkan kebimbangan sehingga menyebabkan seorang individu yang tidak mahu dikenali cuba masuk ke rumah kebajikan itu untuk melihat keadaannya sendiri.

rumah kebajikan

“Bila tengok namanya tiada dalam senarai, dia rasa pelik kerana mereka seperti ingin menyembunyikan sesuatu.

“Jadi sumber tersebut bawa makanan ke rumah kebajikan dan dapat jumpa kanak-kanak itu, dia terkam lalu menangis seolah-olah dalam keadaan trauma.”

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati remaja itu tidak dimasukkan dalam senarai KKM kerana rumah kebajikan itu cuba menyembunyikan perbuatan mereka mendera gadis terbabit.

“Dia (mangsa) didapati positif Covid-19 apabila dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan menerima rawatan selama 10 hari sebelum dihantar pulang ke rumah kebajikan yang menjaganya sebelum ini.

“Kecederaan dia sangat serius. Apabila hospital tanya siapa yang buat, dia akan sebut ‘bonda’ dan ‘mama’ serta beritahu dia telah diikat serta disiram air panas,” katanya.

Beliau meminta polis segera menyiasat kes itu secara lebih terperinci dan mengheret pelakunya ke muka pengadilan.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/06/gadis-sindrom-down-positif-covid-19-disyaki-didera-di-rumah-kebajikan/

jika Anda terlepas: Dr Mujahid pastikan peruntukan RM300 ribu bakul makanan diagih sebaik mungkin