Panas !!! Malulah kepada Ku Li wahai Tuan Guru Presiden, tegur pemimpin Pas

Panas !!! Malulah kepada Ku Li wahai Tuan Guru Presiden, tegur pemimpin Pas

Seorang ahli parlimen Pas yang sebelum ini pernah menzahirkan rasa tidak selesanya dengan kaedah agihan jawatan politik demi mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sekali lagi mengulas tentang penolakan jawatan Pengerusi Petronas oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah.

“Ana jangka ayat sebegitu keluar dari mulut presiden parti Islam, malangnya ia keluar dari mulut pemimpin veteran Umno” ujarnya kesal.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li semalam telah tampil mendedahkan suart beliau kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Dalam para ke tujuh beliau menulis bahawa Perdana Menteri telah menawarkan beliau dengan jawatan Pengerusi Petronas dan beliau menolaknya kerana prinsip dan asas perlembagaan yang menurutnya tidak sepatutnya berlaku.

“Itu yang ana kesal, Ku Li yang kita kata sekular tu pun reti untuk menolak jawatan yang terang-terang ada unsur “rasuah” politik, bagaimana pemimpin dalam parti Islam seperti Pas boleh berijtihad ianya ok?” ujar ahli parlimen dari Pantai Timur itu lagi.

Beliau salah seorang yang bersedia menyokong Anwar jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB YDP Agong menjalankan temuduga secara individu dengan semua ahli parlimen kelak.

“Kita ditarbiyyah siang dan malam. Baca Al Quran dan Hadith. Sering ingatkan ahli-ahli tentang ujian-ujian yang bakal dihadapi sebagai pejuang Islam. Bila ujian keduniaan sebegini berada di depan mata, kita buang ke laut Al Quran dan Hadith yang jadi panduan kita?” tambah beliau lagi.

Beliau tetap bertegas pendapatan yang diperoleh pemimpin parti Islam itu melalui “Scheme Of Things” Muhyiddin ini adalah Syubhah dan menjurus haram. Sehingga kini beliau kekal tanpa jawatan di persekutuan.

“Sekarang ahli kita sudah diajar sebijik macam Umno dan Bersatu dalam mengejar jawatan. Adakah itu tarbiyyah terbaru kita? Adakah itu modul tamrin dan silibus USrah kita?”

Beliau berharap para pemimpin kembali ke landasan sebenar. Perjuangan Islam tidak seharusnya dicemari dengan budaya menerima sogokan sebegini.

Sumber :

Seorang ahli parlimen Pas yang sebelum ini pernah menzahirkan rasa tidak selesanya dengan kaedah agihan jawatan politik…

Posted by El-Harakah on Wednesday, October 14, 2020