Panas !!! Malaysia di senarai kelabu perhatian cukai EU

Tidak perlu panik mengenai Malaysia yang disenaraikan dalam senarai kelabu Kesatuan Eropah (EU) yang dikemas kini oleh Suruhanjaya Eropah, kata Ketua Percukaian Antarabangsa Deloitte Malaysia, Tan Hooi Beng.

Beliau berkata Malaysia telah komited untuk meminda undang-undang percukaiannya pada 31 Disember 2022, dan ini tidak dijangka kerana Malaysia memiliki bidang kuasa yang sentiasa menekankan keadilan dan ketelusan dalam percukaian.

“Ini hanyalah masalah masa sebelum Malaysia beralih ke senarai putih.

Malaysia di senarai kelabu perhatian cukai EU

“Sehubungan itu, tidak perlu ada yang menekan butang panik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 5 Oktober 2021, Suruhanjaya Eropah mengumumkan Malaysia, bersama dengan Hong Kong, Costa Rica, Qatar, dan Uruguay berada dalam senarai kelabu, yang mana negara-negara ini belum mematuhi piawaian standard cukai antarabangsa tetapi telah membuat komitmen untuk mereformasikan dasar cukai.

Pada masa ini, beliau berkata Malaysia mengamalkan rejim cukai wilayah, yang mana hanya sumber pendapatan dalam Malaysia dan lingkungannya yang dikenakan cukai.

Tan berkata hasil daripada semakan rejim pengecualian pendapatan sumber asing, EU menganggap rejim cukai sumber wilayah Malaysia adalah merbahaya.

EU telah memberi Malaysia tarikh akhir 31 Disember 2022 untuk mengubah rejim percukaiannya, dan difahamkan bahawa Malaysia telah bersetuju untuk melakukannya.

“Sebagai hasil daripada kesediaan Malaysia untuk bertindak terhadap kebimbangan EU itu, langkah-langkah tindakan oleh EU akan ditangguhkan, bergantung kepada bila pindaan tersebut dilakukan.

“Malaysia tidak harus terburu-buru dalam meminda rejim percukaiannya dan perlu meneruskan amalan baik untuk berunding dengan pihak-pihak berkepentingan,” kata Tan.

Beliau menambah kajian semula yang lebih baik adalah penting termasuk menganalisis rejim cukai negara-negara yang tidak ada dalam senarai atau yang telah keluar daripada senarai.

Berita Penuh : https://m.malaysiakini.com/news/594659

BACA JUGA : Terkini !!! 89.4 peratus individu dewasa kini lengkap vaksin

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Malaysia di senarai kelabu perhatian cukai EU […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Malaysia di senarai kelabu perhatian cukai EU […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Malaysia di senarai kelabu perhatian cukai EU […]