Panas !!! Malaysia di kedudukan tercorot dalam indeks pemulihan

Panas !!! Malaysia di kedudukan tercorot dalam indeks pemulihan

Malaysia di kedudukan tercorot dalam indeks pemulihan.Ahli ekonomi melihat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), kurangnya saringan besar-besaran, kepatuhan kepada peraturan serta kadar imunisasi yang rendah menjadi punca Malaysia berada di kedudukan tercorot antara beberapa negara lain untuk kembali pulih menjadi normal.

Kerap bermain politik dan kurang koordinasi juga menyebabkan kerajaan tersasar dari landasan sebenar dalam memerangi Covid-19, kata ahli ekonomi Firdausi Suffian dari UiTM Sabah.

Kedudukan itu diterbitkan minggu lalu oleh Economist weekly. Malaysia berada di kedudukan terbawah dalam senarai 50 negara yang ditempatkan mengikut perkembangannya kembali ke arah kehidupan normal.

‘Indeks normaliti’ yang dikeluarkan itu mengukur tahap aktiviti pelancongan, waktu riadah dan aktiviti komersial.

Malaysia

Firdausi dan Juita Mohamad yang merupakan ahli pemikir bagi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) bersetuju bahawa sekatan penuh memberi impak negatif kepada ekonomi negara dan menjejaskan kehidupan rakyat.

Bagaimanapun Firdausi percaya masalah utama adalah ketiadaan saringan secara besar-besaran.

“Kebanyakan negara berjaya mengurangkan bilangan kes menerusi saringan yang berterusan,” katanya kepada FMT.

Beberapa faktor lain adalah ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) di seluruh peringkat tidak kira ahli politik, pembuat dasar, rakyat biasa selain kadar imunisasi yang “amat perlahan” yang menurutnya mengundang lebih banyak kes baharu.

Dengan tahap penularan jangkitan harian yang membuktikan pelaksanaan “total lockdown” tidak berkesan Firdausi berkata, saringan adalah “kunci” serta desentralisasi program imunisasi bagi memastikan ia dapat dicegah lebih cepat.

Negara katanya, tidak mampu lagi untuk bertahan dengan lanjutan pelaksanaan “lockdown”.

“Ia memberi kesan kemusnahan terhadap ekonomi kita. Rakyat semakin tertekan terutamanya kelas pertengahan dan bawah,” katanya.

Juita percaya pelaksanaan perintah itu mempunyai impak positif dan negatif.

PKP awal yang lebih ketat selama dua bulan tahun lalu dilihat memberi kesan positif kerana terdapat pengurangan kes dan akhirnya perintah itu ditamatkan.

Pelaksanaan terbaru yang membenarkan beberapa sektor beroperasi mencetuskan ledakan kluster di tempat kerja. Ini bermakna PKP penuh mungkin boleh berlanjutan.

“Ketika kerajaan berusaha mengurangkan kesan penyusutan ekonomi, ia juga akan menimbulkan kesan lebih buruk terhadap ekonomi jika sekatan penuh ini berlanjutan dan ramai lagi rakyat akan jatuh miskin,” katanya.

Seperti Firdausi, beliau juga percaya langkah meningkatkan pemberian suntikan vaksin adalah caranya.

Ahli ekonomi Madeline Berma dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, “lockdown” menjadi halangan untuk kembali menjalani kehidupan normal.

Madeline, yang sebelum ini pernah memberi amaran berhubung halangan ekonomi jika perintah berkurung berlanjutan lebih dua minggu berkata, indeks Economist itu tidak menunjukkan keberkesanan langkah pengawalan virus.

Jelasnya, beberapa negara Asean lain seperti Indonesia dan Filipina berada di kedudukan lebih baik walaupun mempunyai kes Covid-19 dan kematian lebih tinggi berbanding Malaysia.

“Ini menunjukkan negara Asean ini kembali kepada kehidupan normal walaupun mencatatkan jumlah kematian yang tinggi,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/06/4-sebab-malaysia-dapat-kedudukan-tercorot-dalam-indeks-pemulihan/

jika Anda Terlepas: Mana mungkin rakyat mampu bertahan dikurung selama 5 bulan? – Najib