Panas !!! Mahkamah putus majikan boleh pecat pekerja berhijab

Panas !!! Mahkamah putus majikan boleh pecat pekerja berhijab

Mahkamah putus majikan boleh pecat pekerja berhijab. Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan majikan dalam blok tersebut boleh memecat mana-mana pekerja wanita yang berhijab ketika bertugas.

Portal Independent melaporkan, dalam penghakiman itu, mahkamah berpendapat ia selari dengan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja.

“Larangan berhijab mungkin wajar untuk dikuatkuasakan berdasarkan dasar agama dan ideologi yang dibuat majikan mengikut keperluan.

“Ia bagi menunjukkan imej neutral atau mengelakkan perselisihan sosial dengan pelanggan.

Mahkamah

“Namun, justifikasi itu harus sesuai dengan keperluan sebenar daripada pihak majikan serta mendamaikan hak dan kepentingan terhadap isu,” katanya.

Mahkamah mengeluarkan pandangan itu selepas dua wanita Jerman digantung kerja setelah mereka mula memakai hijab.

Dalam kes itu, Samira Achbitam dipecat daripada daripada jawatannya sebagai penyambut tetamu oleh syarikat keselamatan selepas bertegas untuk bertudung.

Achbita kalah dalam samannya di dua mahkamah di Belgium dan kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi, yang meminta pandangan mahkamah EU.

Sulaiman Wilms yang bertugas dengan Jaringan Muslim EU memberitahu, keputusan itu bukan sahaja tamparan kepada wanita Islam dinamik yang bekerja, sebaliknya menunjukkan trend Eropah dalam mengekang ekspresi kepercayaan keagamaan dan rohani mereka.

Sementara itu seorang peguam kanan Rangkaian Anti-Rasisme Eropah, Julie Pascoet berkata, keputusan Mahkamah EU dilihat terus gagal melindungi wanita Islam daripada diskriminasi.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/mahkamah-eu-putuskan-majikan-boleh-pecat-pekerja-berhijab-308699

Jika Terlepas: Jangan cabar arahan kerajaan, kata Ismail Sabri kepada kilang