Panas !!! Mahkamah benarkan Kristian guna kalimah ALLAH

Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan keagamaan mereka.

Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku.

Pada 23 Jun 2015, Mahkamah mengarah CD mengandungi kalimah ALLAH diserah kepada wanita Jill.

Sebelum ini pada 11 Mei 2008, CD berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’, telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/127767/BERITA/Semasa/Kristian-boleh-guna-kalimah-ALLAH

COMMENTS

Wordpress (0)