Panas !!! Lokman Adam didapati bersalah hina mahkamah

Panas !!! Lokman Adam didapati bersalah hina mahkamah

Lokman Adam didapati bersalah hina mahkamah. Mahkamah memutuskan bekas pemimpin Umno telah menghina mahkamah berhubung kes rasuah Najib Razak melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan komital pendakwaan terhadap Lokman.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan Lokman menghina mahkamah berkaitan saksi pendakwaan kelapan (PW8) kes tersebut, iaitu bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin.

“Saya dapati tindakan responden, diiringi dengan niat, untuk membuat kenyataan media dan laporan polis, bersamaan dengan ugutan terhadap PW8 dan pihak lain yang berpotensi sebagai saksi dalam perbicaraan, membawa risiko terhadap pentadbiran keadilan (due administration of justice) dan bersamaan dengan menghina mahkamah,” katanya.

Selepas keputusan itu, mahkamah mendengar penghujahan daripada peguam bela untuk pengurangan hukuman.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/583151

BACA JUGA : Kritik Ismail Sabri, pembantu buat laporan polis terhadap Lokman