Panas !!! Lim Guan Eng dedah isu tukar kereta rasmi kerajaan

Lim Guan Eng mendedahkan hal sebenar mengenai pertukaran kereta rasmi kerajaan dari Proton Perdana kepada Toyota Vellfire.

Menurut laporan Malaysiakini, Lim yang juga bekas menteri kewangan berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah meluluskan pertukaran kereta Proton Perdana kepada Toyota Vellfire sebagai kereta rasmi menteri.

Lim Guan Eng dedah isu tukar kereta rasmi kerajaan

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, “Kerajaan PH tidak meluluskan malah tidak pernah mengumumkan pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) bagi menteri-menteri persekutuan daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L.

“Ini berlawanan dengan kenyataan Kementerian Kewangan baru-baru ini bahawa cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran Kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.”

Dewan Rakyat baru-baru ini kecoh susulan jawapan bertulis Tengku Zafrul yang mendakwa cadangan penggantian kereta rasmi dipertimbangkan oleh Kerajaan PH, yang mentadbir negara pada 2018 hingga awal 2020.

Tengku Zafrul yang memegang jawatan Menteri Kewangan melaporkan pada Disember 2019, pentadbiran PH telah mempertimbangkan untuk menukar kenderaan rasmi menteri persekutuan daripada Proton Perdana kepada Toyota Vellfire.

Lim yang memegang jawatan menteri kewangan pada Januari 2020 berkata kerajaan berhasrat untuk kekal menggunakan Proton Perdana tetapi syarikat yang membekal kereta kepada kerajaan tidak memiliki model itu kerana ia sudah tiada di pasaran.

Disebabkan itu Toyota Vellfire ditawarkan sebagai alternatif. Bagaimanapun, Lim kemudiannya mengumumkan kerajaan akan kekal menggunakan Proton Perdana.

Keputusan itu dibuat selepas sebuah syarikat yang dilantik untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa terdapat bekalan kereta Perdana yang mencukupi.

Dalam jawapan parlimennya, Tengku Zafrul berkata kos sewa bulanan bagi Toyota Vellfire adalah lebih murah.

Mengikut harga yang disediakan oleh Kementerian Kewangan, kos bulanan Toyota Vellfire 2.5L ialah RM4,851.61 manakala Proton Perdana 2.4 Premium ialah RM4,854.41 sebulan.

Bagaimanapun ia tetap menerima kritikan antaranya oleh Persatuan Kereta Sewa Malaysia yang berkata kos pajakan Toyota Vellfire sebagai tidak munasabah.

Presidennya Farouk Fernandez berkata, kos bulanan yang dinyatakan oleh kerajaan tidak masuk akal dari segi kos pajakan bulanan kenderaan berdasarkan anggaran harga kenderaan itu.

Tambahnya, perlu diambil perhatian kenderaan dijual pada harga berbeza kepada kerajaan berbanding entiti swasta.

BACA JUGA : PAS mampu buat kejutan di Melaka – Takiyuddin
Jadi jutawan lepas cucuk vaksin

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Lim Guan Eng dedah isu tukar kereta rasmi kerajaan […]