Panas !!! Lelaki dakwa pembantu Ahmad Maslan tipu RM50,000

Ahmad Maslan

Lelaki dakwa pembantu Ahmad Maslan tipu RM50,000.Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas pertuduhan menipu dan memperdaya seorang individu sebanyak RM50,000 dengan mengaku sebagai pembantu peribadi kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Tertuduh, Kamarul Ramizu Idrus, 54, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, Kamarul Ramizu didakwa cuba menipu dan memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun untuk menyerahkan wang RM50,000 dengan mempercayai dia merupakan pembantu peribadi Timbalan Menteri Kewangan dan akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan yang dikatakan terlibat dalam skim pelaburan emas.

Perbuatan yang didakwa dilakukan pada 6 Julai 2015 itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) ASPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lelaki

Sementara itu, Norhayati menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 bagi pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan dua penjamin.

Selain itu, Norhayati turut mengarahkan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Disember ini bagi tarikh pengurusan kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri dan Pegawai Pendakwa Siti Mastura Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2021/10/lelaki-mengaku-tidak-bersalah-guna-nama-ahmad-maslan-tipu-rm50000/

BACA: Penduduk zahir kebimbangan tragedi Highlands Tower berulang kembali

COMMENTS

Wordpress (0)