Panas!!! Laporan dedah ancaman pengganas di negara ini, ini penjelasan PDRM

Laporan dedah ancaman pengganas di negara ini, ini penjelasan PDRM.Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terdapat sebarang ancaman pengganas di negara ini seperti yang dilaporkan media.

Satu sumber keselamatan memberitahu Utusan Malaysia, hasil maklumat diperoleh dari pihak berkuasa di Jepun mengatakan amaran dikeluarkan adalah perkara biasa sebagai peringatan umum.

Kata beliau, peringatan itu bagi mengingati kejadian 11 September 2001, selepas 20 tahun berlakunya serangan ke atas bangunan Pusat Daga­ngan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS) selain perkembangan semasa di Afghanistan.

“Tiada sebarang ancaman seperti yang didakwa, pihak berkuasa di negara ini sentiasa memantau dari semasa ke semasa,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, difahamkan satu kenyataan media akan dikeluarkan Kementerian Luar berhubung perkara ini.

Laporan

Terdahulu, kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan pihak mereka telah mengeluarkan amaran kepada warganegaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.

Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.

BACA: Panas !!! Video tular lelaki kena ‘paksa’ duduk ICU, ini penjelasan KKM

Lapor Bernama, memetik seorang pegawai dari kedutaan ketika dihubungi Bernama berkata nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.

Pihak kedutaan mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo.

Pegawai itu berkata buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.

Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/tiada-maklumat-ancaman-pengganas-di-negara-ini/

BACA: Panas !!! Jepun sahkan keluar amaran ancaman pengganas di Asia Tenggara