Panas !!! Langkah Sheraton 2.0 bakal berlaku? Pertemuan beberapa menteri dan timbalan menteri daripada Umno di sebuah hotel mewah di sini mencetuskan spekulasi wujudnya perancangan “Langkah Kajang 2” sedang diatur.
Antara menteri yang dilihat hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique, Menteri Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Kumpulan menteri ini sebelum ini antara yang dilihat sekapal dan menyokong kuat Perdana Menteri dan berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya wajar diadakan apabila habis penggal ini.
Mesyuarat kabinet kebiasaan diadakan pada Rabu namun diubah ke Jumaat ketika sesi parlimen berlangsung.
Namun pertemuan ini mencetus tanda tanya apabila diadakan ditengah-tengah spekulasi PRU15 diadakan segera berikutan desakan pimpinan tertinggi dan akar umbi Umno selepas kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor baru-baru ini.
Mereka bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendakwa ianya hanya pertemuan biasa memandangkan mesyuarat kabinet bermula lewat.
Sumber : https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/03/26/umno-ministers-laugh-off-sheraton-move-2-speculation
BACA JUGA : Ramai tak tahu guna fungsi butang hilangkan kabus cermin kereta, ini cara sebenar
Pemilik Ativa kecewa baru dua bulan beli, waranti kereta dah terbatal