Panas !!! Ku Li dakwa Umno sudah turun darjat

Panas !!! Ku Li dakwa Umno sudah turun darjat

Ku Li dakwa Umno sudah turun darjat. Umno yang dianggap sudah bertaraf institusi sepatutnya dari awal tidak perlu menyokong Bersatu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Malah, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau sudah memberi nasihat supaya Umno tidak membantu Bersatu membentuk kerajaan, namun pandangannya tidak diendahkan pemimpin dan Ahli Parlimen.

Katanya, sebagai parti dominan dan mempunyai kekuatan akar umbi, Umno tidak seharusnya merendahkan darjat parti dengan berbuat demikian.

Ku Li

“Saya awal-awal lagi tidak setuju Umno membantu Bersatu menubuhkan kerajaan, saya beritahu kepada pemimpin Umno dan Ahli Parlimen Umno, tapi banyak orang tidak sependapat dengan saya.

“Apabila kita berbuat demikian (bersama Bersatu bentuk kerajaan) kita sudah turun darjat (parti). Kita ni bukan parti lagi tapi sudah menjadi institusi.

“Kalau kita merendah diri sampai tahap itu orang tidak hormat kita,” katanya pada program bersama Ku Li yang disiar Sinar Harian, hari ini.

Beliau juga mengulangi pendirian supaya Umno keluar daripada kerajaan PN dan Ahli Parlimen yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri perlu meletak jawatan.

“Jadi patut bercerai, itu kehendak akar umno, itu yang diputuskan dalam PAU (Perhimpunan Agung Umno),” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/07/umno-turun-darjat-apabila-setuju-bersama-bersatu-bentuk-kerajaan-kata-ku-li/

BACA JUGA : Panas !!! Tahniah, tapi tunggu keputusan MKT Umno malam ini – Najib