Panas !!! Klang dilapor bandar paling tak selamat di Asia Tenggara? Ini penjelasan Polis

Klang dilapor bandar paling tak selamat di Asia Tenggara.Polis Selangor menyifatkan laporan berita disiarkan sebuah laman sesawang mendakwa Klang sebagai bandar paling tidak selamat serta miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, maklumat terkandung dalam artikel itu berkaitan indeks jenayah dan indeks keselamatan tidak dapat dipastikan kesahihan serta sumbernya.

“Pihak polis ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa berita disiarkan itu adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

“Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang.

Klang

“Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor mulai dari 1 Januari hingga 30 September lalu, bagi jenayah kekerasan di daerah berkenaan melebihi nilai ambang sebanyak 31.76 kes atau bersamaan dengan 6 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arjunaidi berkata, jenayah harta benda pula sepanjang tempoh sama sudah berada di bawah nilai ambang iaitu 195.44 kes atau bersamaan dengan 13 peratus.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sepanjang tempoh berkenaan daerah Klang berada di bawah nilai ambang iaitu sebanyak 163.68 kes atau bersamaan dengan 8 peratus.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar atau bimbang dengan laporan dikeluarkan laman sesawang itu kerana ia tidak menggambarkan statistik dan fakta sebenar kejadian jenayah di daerah Klang,” katanya.

Terdahulu, kandungan portal berbahasa Inggeris itu menunjukkan Klang di tangga pertama sebagai bandar tidak selamat serta kadar keselamatan rendah di Asia Tenggara.

Mengikuti Klang adalah Kuala Lumpur di tangga kedua serta Manila, Filipina di tangga ketiga.

Berita Penuh : Kartunis Sweden hina Nabi Muhammad maut dalam nahas jalan raya

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! Klang dilapor bandar paling tak selamat di Asia Tenggara? Ini penjelasan Polis […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! Klang dilapor bandar paling tak selamat di Asia Tenggara? Ini penjelasan Polis […]