Panas !!! KKM kesan 384 kes lagi melibatkan varian Delta

Konsortium yang menjalankan analisis turutan jujukan genom penuh virus SARS-CoV-2 mengesan sebanyak 392 kes lagi berkaitan dengan varian membimbangkan (VOC).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 384 melibatkan varian Delta dan lapan kes lagi varian Beta.

KKM kesan 384 kes lagi melibatkan varian Delta

Dr Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti VOC dan Varian dalam pemantauan (VUM) sebanyak 2,252 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti VOC dan Varian dalam pemantauan (VUM) sebanyak 2,252 kes.

“Daripada jumlah itu, 2,232 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Varian mempunyai kepentingan (VOI).

“Sebanyak 1,996 kes varian Delta, 222 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. Bagi VOI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah membuat semakan semula pada 30 September lalu dan mendapat terdapat hanya dua VOI yang baru iaitu Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) manakala Theta, Kappa dan Eta dikategorikan sebagai VUM,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, bagi Beta masing-masing tiga dikesan di Selangor dan Sabah manakala masing-masing satu dilaporkan di Negeri Sembilan dan Kelantan.

“Bagi 384 kes varian Delta semua negeri terdapat penambahan iaitu sejumlah 109 kes dikesan di Selangor, Pulau Pinang (46), Kuala Lumpur 942), Negeri Sembilan (34), Pahang (33), Melaka (31), Johor (28), Sabah (21), Terengganu (16), Kelantan (12), Perak (7), masing-masing dua di Putrajaya dan Labuan serta satu di Kedah,” katanya.

Jelas beliau lagi, kesemua varian berkenaan dikesan hasil kajian berterusan yang dijalankan oleh Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM), Fakulti Perubatan Universiti Malaysia dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi MARA.

Ini termasuk Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (TIDREC-UM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Genom Malaysia (GMI).

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-kkm-kesan-392-kes-lagi-varian-membimbangkan-324017

BACA JUGA : Panas !!! Rauf dedah Umno minta sokongan DAP sebelum kerajaan Melaka tumbang

COMMENTS

Wordpress (0)