Panas !!! Ketua Penerangan Bersatu kena ‘balun’ berjemaah kerana pertahan JASA

Panas !!! Ketua Penerangan Bersatu kena ‘balun’ berjemaah kerana pertahan JASA

Wan Saiful Wan Jan yang juga merupakan ketua penerangan bersatu teruk di’sekolahkan’ netizen gara-gara mengeluarkan kenyataan ‘Jasa adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat’.

Netizen juga turut mempersoalkan, “Adakah wakil2 rakyat dan ahli2 parlimen masih x boleh mendengar rintihan dan melihat kesusahan rakyat? Saya cdgkan peruntukan utk jasa disalurkan kpd ustaz ebit liew, uncle kentang dan ngo lain yg aktif membantu rakyat susah,” kata adil amin..

Zee how tai turut mengecam, “Kalau Ahli politik memerlukan jentera 80 juta setahun untuk dengar rintihan rakyat, baik Ahli politik ni bersara sahaja. Ahli politik yang tidak mempunyai telinga tajam untuk mendengar rintihan rakyat secara persendirian, adalah Ahli politik yang tidak berkeupayaan untuk memimpin”

“Ini baru betul2 bohong belum pun bajet 81juta di lulus kan propaganda sudah pun bermula
kalau betul2 mendengar rintihan rakyat kenapa harus melalui JASA dan bukan wakil rakyat yang di pilih untuk turun padang melihat masalah rakyat di lepangan dengan lebih dekat dan lebih tepat
Mana2 wakil rakyat yang menguna khidmat jasa adalah lebih baik letak jewatan sehaja termasuk pm sebab merika semua ini rupa2nya buta dan tuli dan pekak itu sebab merika lantik jasa menganti kan mata dan telinga merika yang sudak buta dan pekak.
Rupa2nya JASA ini adalah orang tengah kerjaan dengan pemimpin patut la ketirisan bagitu banyak berlaku sebab jasa yang menjalan kan peranan untuk mendapat keuntungan di atas angin bagi pihak perah mentiri.”soal Rudis Dungor

COMMENTS