Panas !!! Ketua Pemuda Pas dedah usaha musnahkan parti itu dari dalam

Ketua Pemuda Pas yang baharu dilantik, Ahmad Fadli Shaari mendakwa, ketika beliau dan rakan-rakannya berusaha untuk memulihkan imej Pas di luar, ada pihak yang berusaha memusnahkan Pas dari dalam.

Sehubungan itu, ketika memberikan ucapan sulong sebagai Ketua Pemuda Pas, ahli parlimen Pasir Mas itu berjanji akan memberikan fokus untuk berusaha untuk membersihkan semula Pemuda Pas.

Ketua Pemuda Pas dedah usaha musnahkan parti itu dari dalam

“Ketika saya berada di Dewan Rakyat, Haji Khairil (bekas ketua pemuda) di Dewan Negara, kami memberikan fokus untuk membuat outrich keluar, memperkenalkan Pas kepada rakyat di peringkat nasional, kerana kita baru berada dalam kerajaan.

“Tetapi rupa-rupanya dalam kita membuat kerja untuk nak tingkatkan imej Pemuda di luar, ada orang bekerja dari dalam untuk memusnahkan organisasi kita.

“Justru saya tidak melihat apabila saya berada di tempat ini melainkan kami terpaksa fokus balik ke dalam untuk melakukan usaha-usaha pembersihan sekaligus dibantu oleh organisasi Pemuda Perikatan Nasional,” kata beliau dalam ucapan itu,

Fadli tidak menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan tindakan memusnahkan organisasi Pas itu.

Sebelum ini, bekas ketua pemuda Pas, Haji Khairil Nizam memaklumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu.

“Ya (tidak bertanding),” katanya ringkas kepada Sinar Harian melalui WhatsApp pada Sabtu ketika ditanya mengenai kesahihan keputusan beliau yang tidak akan mempertahankan jawatan itu.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas telah menerima borang pencalonan daripada Pas kawasan di seluruh negara yang mencalonkan Khairil Nizam bagi jawatan tersebut.

Dua nama lain dicalonkan ialah timbalannya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahya.

Dalam pada itu, Setiausaha Pemuda Pas, Mohd Nadzim Ahmad Azmi berkata, Khairil Nizam memaklumkan mengenai keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya itu ketika Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Pas Malaysia yang diadakan pada Khamis lalu.

“Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan Pemuda Pas kepada Muktamar Pemuda Pas yang akan berlangsung akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA JUGA : Gempar !!! Menteri Kewangan terkejut Najib dilantik penasihat kerajaan
PRN Melaka : Ini senarai calon PH

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Ketua Pemuda Pas dedah usaha musnahkan parti itu dari dalam […]